Pasti ibu panik bila anak tiba-tiba mengalami kekejangan sampai tidak sedarkan diri. Sawan demam atau disebut sebagai ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa.
Berderau jantung ibu bapa melihatkan anak yang terbaring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Dalam beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.
Bersediakah ibu bapa sekiranya anak mengalami sawan tarik? Ada yang sudah berpengalaman tetapi betulkan cara yang digunakan merawat anak anda ketika sawan di rumah?
Perkongsian pengalaman dan tips dari Puan Nurul Eifa boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa di uar sana. Semoga bermanfaat.
Perkara yg paling menakutkan spnjg hidup bila tengok anak mengalami tarik dan ingat dia hampir putus nyawa. Syukur anak masih dipanjangkn umur dan semakin sembuh.
Cuma demam tak kebah2 lagi kejap2 ok.. nanti malam dia panas balik.. kena bergilir2 dgn husband tengok anak takut trauma dulu terjadi lagi.

Penat lepas kena sawan tarik.
Masuk air 1 botol sepanjang malam kt wad emergency.
Saya kongsi kat bawah apa perlu buat kalau jadi tarik kat anak waktu kt rumah.. tolong baca untuk pengetahuan & persediaan kalau tiba2 terjadi kt anak sendiri pulak. Ibu2 yg da pernah alami ce share sikit situasi masa kena tu..
Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?
1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, mengiringkn dia utk keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.
3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.
4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air . Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).
5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.
Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran.
Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen.
Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang. Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.
PUNCA SAWAN TARIK
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya:-
1. Demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
2. Ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
3. Pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
4. Cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
5. Cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
6. Kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
7. Kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
8. Menangis tanpa henti hingga kebiruan.
9. Tercekik sesuatu dalam mulut.
10. Genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.
Siakapkeli.my

0 comments
Post a Comment