Tuesday, February 13, 2018

(Video) Teringin Nak Makan Sushi Tapi Malas Nak Keluar? Ini Resepi Mudah Membuat Sushi Homemade Yang Sedap


Kadang-kala tekak mengalami perubahan selera makan yang membuatkan kita teringin nak makan makanan yang lain dari kebiasaannya seperti western food, masakan ala-ala Cina ataupun makanan Jepun yang sememangnya sangat terkenal.

Rata-rata rakyat Malaysia menggemari makanan Jepun seperti sushi, Udon, Takoyaki dan sebagainya sehinggakan waktu nak membeli pun kita harus beratur panjang.

Bagaimanapun, ada cara mudah untuk mereka yang teringin makan sushi tetapi malas untuk keluar rumah. Hanya perlu membeli bahan-bahan membuatnya dan sushi siap untuk dimakan.

Mari ikuti perkongsian resepi membuat sushi homemade yang pastinya halal dari Puan Mamy Scha.

Selamat Mencuba !

RESEPI SUSHI HOMEMADE



CARA MASAK NASI:


  • Beras sumo 1kilo
  • Cuka 240ml
  • Gula 3sudu
  • Garam


1.Beras 1kilo basuh hanya sekali bilas sahaja. 1kilo beras sumo bersamaan 4 cawan ikea ygan warna warni tu. Air add on extra 1 cawan 4+1=5cawan air.

Nasi dah siap masak dan sejukkan dulu.

Cuka+gula+garam sikit (masak atas dapur bagi gula larut dengan cuka)

2.Nasi yang sejuk tadi masukkan cuka yang dah masak tadi ikot sikit demi sedikit. (Jangan terlebih/jangan terkurang) 50/50 baru sedap .

Bab nasi dah siap.


INTI SUSHI


  • Ebiko(telur ikan salmon)
  • Idako(baby octupus)
  • Tuna mayo
  • Tuna spicy
  • Egg mayo
  • Crab mayo
  • Crab stick
  • Tempura prawn(udang goreng tepung)
  • Chicken floss



Ebiko:
-Beli dekat aeon mall ada jual pax rm10.
-NSK pon ada tempat tertentu.

Idako(sotong):
-Beli dekat NSK rm82 1kilo.

Tuna mayo:
-Readymade dalam tin (tcboy).

Tuna spicy:
-Readymade dlm tine(tcboy).
Add on mayonis sendiri.

Egg mayo:
-Telur goreng hancur+mayonis.

Crab mayo:
-Crab rebus+mayo.

Crab stick:
-Rebus and potong 2. Lepas tu ikat dengan seaweed.

Tempura prawn:
-Buang kulit udang, golek dengan tepung Bistari lepas tu celup telur dan golek dengan serbuk roti. Lepas tu goreng.

Chicken floss:
-Readymade . Tinggal letak je atas sushi


CARA GULUNG SUSHI/KIMBAP:

Boleh refer pada gambar dibawah ada cara2 mana yang tak tahu boleh belajar.


Lepas dah gulung potong nipis dan boleh letak inti atas potongan tadi tu.. ikut kreativiti masing2..

Lepas siap boleh lah masuk perut atau pon nak buat jana pendapatan uolls. Mamy scha halal dunia akhirat utk uolls nak berniaga ke nak buat makan ke. Tak yah susah2 nak beli dekat luar mana yang takut tak masak ke atau tak halal.

Semoga doakan mamy dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan .

Sumber- Mamy Scha

0 comments

Post a Comment