Home /
Kesihatan /
Safe /
Semasa /
Berhenti Makan Ubi Kentang Sudah Keluar Tunas, Ini 5 Sebab Yang Perlu Anda Tahu
Monday, April 2, 2018
Berhenti Makan Ubi Kentang Sudah Keluar Tunas, Ini 5 Sebab Yang Perlu Anda Tahu
Date - April 02, 2018
Kesihatan
Safe
Semasa
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita kan apabila ke pasar untuk membeli keperluan dapur, kita akan membeli barang-barang ini dalam kuantiti yang banyak, biasanya untuk simpanan dalam tempoh masa tertentu. Tak ksahlah apa yang dibeli, sama ada gula, garam ataupun sayur-sayuran seperti ubi kentang dan bawang merah.
Kadang-kadang bahan mentah yang dibeli macam ubi kenyang dan bawang ini dibiarkan dan tidak digunakan untuk satu jangka masa hingga mengeluarkan tunas. Nak buang sayang, jadi apa yang anda buat? Buang atau guna dalam masakan jika kelihatan elok dari luar. Pasti ada yang kata, guna mcam selalu lah kan.
Tapi tahukah anda, sayuran seperti ubi kentang yang sudah bertunas jika di makan sebenarnya mempunyai mudarat yang sangat besar kepada tubuh badan.
Ini 5 sebab untuk anda berhenti guna ubi kentang yang sudah bertunas dan sayuran-sayuran bertunas lain :
1. Ubi Kentang Bertunas Boleh Menyebabkan Sakit Perut
Jika anda seorang yang teliti, anda pasti dapat mengesan perubahan warna pada ubi kentang yang sudah mengeluarkan tunas. Ini kerana, kebiasaannya akan bertukar warna daripada warna asal kepada warna sedikit hijau. Malah, jika anda perasan kentang yang sudah berubah warna ini jika di makan rasanya sedikit pahit dan ia merupakan tanda-tanda bahawa kentang tersebut sudah mengandungi racun terutamnya pada bahagian batang tunas.
Kentang ini jika di makan ia akan memberi masalah kepada sistem pencernaan dan lebih teruk, anda akan mengalami sakit perut.
( link : Medlineplus US )
2. Ia Juga Boleh Menyebabkan Anda Berasa Sakit Kepala.
Bahayanya bukan sahaja setakat sakit perut, jika anda makan dalam kuanti yang banyak ia juga boleh mendatangkan mudarat kesihatan yang lain.
Makan ubi kentang bertunas dalam kuantiti yang banyak sebenarnya boleh menyebabkan anda mendapatkan masalah kesihatan yang lain seperti mual, pening, muntah, perut menjadi kejang dan sakit kepala.
( link : Medlineplus US )
3. Kulit Ubi Kentang Berwarna Hijau Mengandungi Racun
Seperti yang dijelaskan di atas, ubi kentang yang sudah bertunas biasanya akan menunjukkan tanda-tanda perubahan warna kepada warna hijau dan ia beracun.
Manakala pada bahagian tunas yang terdapat pada ubi kentang tersebut, ia mengandungi bahan kimia solanin dan alkaliod jahat. Malah dalam indsutri penanaman kentang, bahan solanin ini wujud dan ia memberi rasa pahit pada kentang.
Selain pada tunas, solanin juga boleh ditemui pada batang dan daun hijau selain pada kulit kentang yang sudah berubah kepada warna hijau.
( link : Healthy Diet Base )
4. Ubi Kentang Bertunas Mungkin Sudah Kehilangan Khasiat
Menurut pakar, ketika kentang mengeluarkan tunas pati yang terdapat di dalam kentang telah bertukar menjadi gula.
Namun, sekiranya ubi kentang masih lagi dalam keadaan baik, maka masih terdapat khasiat di dalamnya. Jika kentang sudah lembut dan mengecut, ia tidak boleh di makan lerana khasiatnya sudah hilang.
(link : Healthy Diet Base )
5. Undang Risiko Kanser
Selain itu di dalam ubi kentang sendiri terdapat kandungan akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan pakar terhadap haiwan, mereka menmui kaitan antara akrilamida dengan penyakit kanser namun tidak jelas kaitannya ke atas manusia. Namun mereka tidak menolak bahawa akrilamida juga mungkin boleh menjadi punca penyakit kanser kepada manusia seperti kanser ovari dan sebagainya.
Jadi anda bukan sahaja perlu berhenti makan kentang yang sudah bertunas, malah anda juga perlu mengurangkan pengambilan ubi kentang dalam masakan harian anda.
(link : New Scientist)
Sumber : Mingguan Wanita
Share this
Related Articles :
Yaman Isytihar Kecemasan Selepas Dilanda Puting Beliung 'Mekunu' Dengan Kelajuan 175km Sejam Malam TadiKepulauan Yaman mengisytiharkan 'kecemasan' pada hari Khamis selepas dibadai puting beliung dan mengakibatkan beberapa buah kampung mu ...
Ibu Bapa Kena Banyak Peluk Anak, Sekurang-Kurangnya 8 Kali Sehari - Doktor Ini Kongsi Tips 'Parenting' Berkesan Sebagai ibu-bapa, masih ingat bila kali terakhir anda memberi pelukan terhadap anak dan berapa kalikah pelukan itu? Kadang-kala kita m ...
Aku Seorang Guru Dan Aku tidak Sokong Hukuman Melampau Seperti Ini - Susulan Kes Budak 7 Tahun Dirotan Di SekolahPerkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa anaknya menjadi mangsa rotan seorang cikgu disiplin di sebuah sekolah menjad ...
"Sampai Sekarang Isteri Hanya Tahu Masak Ayam Merah Jer", Ini Kisah Takdir Seorang Lelaki Kahwin Gadis Tak Pandai MasakHal ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang dan ada juga yang menganggapnya perkara yang biasa serta masih boleh dipulih baik. ...
Ibu Lahirkan Anak Tahun 2017/2018, Jika Mendaftar Di Motherhood.com.my, RM20 Percuma Dan ''Free Gift' Akan Diberikan Kepada AndaSetiap ibu pastinya menginginkan yang terbaik untuk bayi mereka. Segala kelengkapan si manja akan disediakan supaya mereka membesar de ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment