Home /
Global /
Safe /
Semasa /
15,000 Saintis Dari 184 Negara Keluarkan Amaran Kedua, Keadaan Bumi Kini Semakin Tenat
Tuesday, November 14, 2017
15,000 Saintis Dari 184 Negara Keluarkan Amaran Kedua, Keadaan Bumi Kini Semakin Tenat
Date - November 14, 2017
Global
Safe
Semasa
Amaran pertama telah dikeluarkan pada dua puluh lima tahun lalu, kini saintis dunia mengeluarkan amaran kedua mengenai keadaan bumi yang semakin bertambah buruk.
Amaran mengenai bahaya kepada alam sekitar itu menyatakan bahawa kebanyakan masalah di planet ini semakin bertambah buruk.
Menurut jurnal BioScience, 'Amaran Saintis kepada Manusia: Notis Kedua' ini telah ditandatangani oleh lebih 15,000 saintis dari 184 negara.
Pada tahun 1992, versi awal yang disiarkan oleh Kesatuan Saintis Prihatin telah ditandatangani oleh 1,700 pakar.
Sejak itu hampir semua ancaman besar kepada alam sekitar menjadi semakin buruk, terutama pertambahan penduduk dunia, yang menokok dua bilion lagi sejak 1992, melonjak 35 peratus.
Disamping itu, ancaman utama lain adalah pemanasan global dan pembebasan karbon disebabkan penggunaan bahan api fosil selain amalan pertanian tidak stabil, penebangan hutan, kekurangan air bersih, kehilangan kehidupan marin dan zon mati lautan yang semakin luas.
"Kemanusiaan kini diberi notis kedua, seperti digambarkan corak membimbangkan ini.
"Kita membahayakan masa depan dengan penggunaan material tidak sekata dari segi geografi dan demografi dan dengan tidak menganggap pertambahan berterusan penduduk dunia sebagai faktor penolak utama ancaman ekologi dan sosial," menurut surat itu.
"Kita membahayakan masa depan kita dengan tidak mengimbangi penggunaan material yang tidak menentu tetapi secara geografi dan demografi yang tidak sekata," tambahnya.
Haiwan turut mengalami penderitaan akibat perbuatan manusia, menyebabkan hilang dan pupus sebelum masanya.
"Kami telah melepaskan peristiwa kepupusan besar-besaran, yang keenam dalam kira-kira 540 juta tahun, di mana banyak bentuk kehidupan masa kini dapat dihapuskan," katanya.
Jelasnya, kita boleh melakukan perubahan positif apabila kita bertindak tegas dalam pengurangan bahan ozon yang pesat.
Sumber - Geo.Tv
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment