Tuesday, February 6, 2018

Kanser Rahim, Ketiga Paling Banyak Dihidapi Wanita Malaysia, 6 Prosedur Ini Bantu Anda Jalankan Ujian Pap Smear Di Klinik Kerajaan


Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membunuh seperti kanser dan sebagainya.  Bagaimanapun kesedaran itu tidak bermaksud apa-apa jika tidak disusuli dengan usaha untuk mencegah.

Kanser pangkal rahim khususnya menyerang wanita tidak mengira usia terutama sekali kepada mereka yang gemar mengamalkan seks bebas serta suka bertukar teman seks. Pegawai Perubatan Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Komathy Thiagarajan berkata, untuk memastikan seseorang wanita itu benar-benar bebas daripada penyakit kanser serviks atau barah pangkal rahim, mereka perlu menjalani ujian saringan pap smear secara berkala. - Utusan



Pap smear boleh dilakukan keatas wanita sewal usia 18 tahun jika sudah diantara mereka yang terdedah dengan hubungan seksual.  Ujian ini dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali.  Daripada pemeriksaan ini, ianya boleh memastikan samada wanita tersebut sihat dan tidak terdedah kepada kanser serviks.

Hidayah Abdullah melalui Facebooknya berkongsi prosedur dan kepentingan membuat pemeriksaan pap smear bagi setiap wanita untuk kekal sihat.  Diharap wanita diluar sana tidak memandang remeh perkara ini kerana dengan ujian yang dijalankan dapat mengenal pasti sebarang penyakit membunuh diperingkat awal.



WANITA DAN PAP SMEAR. PENTING UNTUK TAHU

Bismillah. Kak Dayah ni bukanlah orang yang pakar dan layak untuk bercerita tentang bidang ni. Tapi kak Dayah rasa terpanggil nak share dengan korang semua tentang pap smear ni lepas buat hari tu.

Lepas bersalin aritu, Misi-misi duk suruh kak Dayah buat ujian pap smear ni. Kak Dayah macam, 'Alamak, misi suruh aku buat ujian pap smear pulak. Baru lepas bersalin dah nak kena buat ujian pap smear pulakk? Ngeri weh. Malu pun ye. Mesti sakit hamatt ni.'

Kak Dayah ngelat punya ngelat sampaila anak dah masuk 11 bulan. Takut punya pasal. Sampai tak boleh nak ngelat bagi alasan lagi kat misi. Bila misi tanya, kak Dayah angguk2 geleng2 iya2..saya2..Eh?



Okey kita teruskan. Kak Dayah redha dalam pasrah. Sebab dah penah kena dengan 'muncung itik'(spekulum) tu. Tau la rasa sakit dia macam mana.

Sampailah hari appoinment tu, dengan penuh berdebar2nya, seram sejuk satu tubuh ni. Muka pucat lesi. Tapi buat lek-lek je cover. Kutahan jebat. Kahkahkah.

Tibala saat tu, TAK SAKIT PUN RUPANYA! Dari awal procedure sampai akhir, sangat smooth tak sakit pun!

Kita ni dah selalu dimomokkan dengan sesuatu benda yang tak pasti, dengar dari mulut orang terus percaya.

Mungkin jugak rezeki kak Dayah dapat nurse yang pandai buat sampai tak rasa sakit.

Jadikk, kak Dayah nak share dengan korang tentang PAP SMEAR ni. Menatang apa ni?



Kenapa perlu buat?


-Untuk kesan kanser serviks peringkat awal. Jangan amik mudah.

Siapa yang perlu buat?
-Setiap wanita yang berusia antara 26 tahun hingga 65 tahun dan yang dah kahwin.
Tips Prosedur:

1. Ujian ni amik masa 5 minit je.

2. Boleh buat kat klinik kerajaan atau swasta. Yang pasti kak Dayah pi kerajaan je sebab percuma je pun.
Kalau swasta mungkin RM40-RM70. Bergantung tempat.



3.Sebelum buat, tenangkan diri, relaks, jangan pikir sakit. Dengar arahan, jangan keraskan badan. Lagi korang 'nerbes', lagila susah nak amik sample. Lek-lek cool je sambil baca ayat kursi 40x.

4.Nurse pesan suruh relax je supaya muscle2 kat bawah tu relax jugak. Tarik nafas dalam2, tahan dan lepas pelan2. Fuhh...

5. Kalau ujian ni dibuat dengan betul memang langsung rasa tak sakit atau ngeri bagai. Cuma rasa tak selesa je.

6. Ringkasnya macam ni la procedurenya,
  • Kena berbaring
  • Spekulum (tengok gambar) akan dimasukkan dalam ehem2 untuk ‘membuka’ laluan.
  • Lepas tu, sampel sel daripada dinding servik tu diambil untuk hantar ke makmal. 
  • Akhirnya, tunggu jela result dan teruskan kehidupan macam biasa.

0 comments

Post a Comment