Friday, November 17, 2017

Semua Permain Kelantan Wajib Tutup Aurat - Bibi Ramjani


KELANTAN yang akan beraksi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan mewajibkan kesemua pemain menutup aurat semasa beraktiviti sukan.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan, peraturan terbaru tersebut adalah untuk menggalakkan pemain lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan.

“Bagi memastikan hasrat ini tercapai, penaja jersi Kelantan musim depan, Al-Ikhsan akan bertanggungjawab menyediakan pakaian menutup aurat termasuk kepada pemain import nanti.

“Ini  salah satu pembaharuan  pasukan dan saya fikir apabila tampil dengan imej patuh syariah selepas ini, ia jadi kebanggaan bukan sahaja pemain tetapi negeri ini,” katanya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

The Red Warrior bakal menjadi pasukan kedua yang mewajibkan semua pemain menutup aurat kerana sebelum ini kelab bola sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar raya Islam- Urus setia Belia dan Sukan (MPKB-BRI UbeS) FC yang beraksi Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi pasukan pertama di negara ini mempraktikkan dasar patuh syariah itu.

Jelas Bibi Ramjani, selain skuad senior  kempen Liga Super, peraturan itu tidak terkecuali diguna pakai pasukan Piala Belia, Piala Presiden selain skuad futsal lelaki dan wanita Kelantan.

Bibi Ramjani turut umumkan, The Red Warriors mendapat tajaan syarikat pelancongan, Al-Quds Travel Sdn BHD selepas Al-Ikhsan.

Sumber- Sinar Harian

0 comments

Post a Comment