Home /
Global /
Safe /
Semasa /
(Video) Disahkan Sudah Bebas Dari Kanser, Tapi Maut Selepas Baru Berkahwin Akibat Diserang Kembali Tanpa Sedar
Monday, November 13, 2017
(Video) Disahkan Sudah Bebas Dari Kanser, Tapi Maut Selepas Baru Berkahwin Akibat Diserang Kembali Tanpa Sedar
Date - November 13, 2017
Global
Safe
Semasa
Keluarga kepada seorang wanita yang dilaporkan meninggal dunia akibat kanser kulit selepas tiga bulan berkahwin telah bertindak menuntut penjelasan daripada doktor yang merawatnya.
Leah Debrono, 29, meninggal dunia disebabkan kanser kulit yang dikenali sebagai 'Melanoma' yang merebak ke beberapa bahagian badan termasuk otak, paru-paru dan tulang pada Januari lalu.
Dia pada awalnya disahkan bebas daripada penyakit berbahaya tersebut pada tahun 2013 namun terpaksa bertarung nyawa dengan kanser itu sekali lagi selepas berkahwin dengan Ben Debono Oktober tahun lalu.
"Saya melihat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Anda tidak ingin melalui pengalaman seperti itu. Ia amat kejam," kata bapanya, Lex Dubano.
Leah dikatakan telah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya empat kali setahun selepas disahkan bebas dari kanser namun doktornya yang merawatnya gagal menyedari bahawa kanser tersebut menyerangnya kembali.
Leah pengsan di tempat kerja dan dikejarkan ke hospital, kira-kira sebulan selepas berkahwin. Namun doktor hanya mengatakan bahawa Leah cuma kepenatan hingga menyebabkan Leah beranggapan bahawa dirinya hamil ketika itu.
"Leah sentiasa di hati saya," kata Ben.
Sumber : Daily Mail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment