Friday, December 29, 2017

Ada Netizen 'Hentam' Maya Karin Kononnya Masak Khinzir Di Rumah, Last-Last Malu Sebab Salah Tengok


Sudah sering kali seleberiti-seleberiti tanah air menjadi mangsa kecaman netizen yang gemar memberi komen tanpa usul periksa walhal si seleberiti itu tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Terrbaru, Maya Karin juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kepada tindakan melulu segelintir netizen apabila dia dituduh memasak daging khinzir untuk tetamu.

Kejadian ini berpunca apabila Maya Krin berkongsi sekeping gambar di Instagramnya yang memaparkan bahan mentah yang akan dimasak untuk tetamu yang dijemput ke kediamannya termasuklah seekor angsa, yang disalah anggap sebagai khinzir oleh netizen yang membuat tuduhan tersebut.

''Macam khinzir la,'' komen melulu yang dibuat oleh netizen di post tersebut.

''I cakap macam khinzir, tak cakap tu khinzir okey,'' kata seorang lagi yang mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

''Khinzir ke ayam?'' tanya seorang lagi.

''Khinzir ke tu Maya?'' tanya seorang pengikutnya.

''Makan khinzir tak ajak,'' kata satu komen yang dibuat oleh pengikutnya.

''Actually tu ayam (angsa sebenarnya), cuma ada iras-iras macam khinzir,'' kata pengikutnya setelah menyedari kesilapannya.

Tuduhan tanpa usul periksa tersebut kemudian disambut oleh beberapa orang lagi netizen yang mendoakan agar pelakon itu mendapat hidayah.

Kemudian, beberapa oran pengikutnya yang lain tampil menyelar tuduhan tanpa usul periksa tersebut yang disifatkan mereka sebagai satu tuduhan berat dan melampau.

Maya Karin sendiri juga tampil membuat penjelasan melalui satu komen balas terhadap pengikutnya dengan memberitahu bahawa bahan mentah yang disediakan tersebut adalah angsa, bukannya haiwan yang diharamkan di dalam Islam tersebut.


A post shared by Mayaka Roe (@maya_karin) on

Sumber : Kosmo Online

0 comments

Post a Comment