Wednesday, December 27, 2017
Disangka Lampu Isyarat, Punggung Merah Monyet Jadi Punca Kemalangan
Date - December 27, 2017
Global
Safe
Utama
Pelbagai sebab boleh menjadi punca kepada satu-satu kemalangan, termasuklah punggung seekor monyet.
Di China, seorang gadis yang sedang memandu bersendirian di jalan Wuhan sedang menghampiri satu persimpangan apabila dia terkejut kerana tiba-tiba ternampak lampu isyarat merah disimpang terbabit.
Kerana terkejut, wanita terbabit brek secara mengejut sehingga menyebabkan dia dilanggar di bahagian belakang.
Pemandu kereta belakang turun dan bertanya mengapa dia brek secara mengejut kerana lintasan zebra masih jauh di hadapan.
Gadis itu keluar dari kereta dan melihat kepada lampu isyarat. Kemudian, baru dia sedar bahawa 'lampu isyarat' terbabit adalah seekor monyet yang mana punggungnya berwarna merah.
Wanita terbabit bagaimanapun bernasib baik kerana pemilik monyet berkenaan, seorang pengurus sarkas, akan membayar kos membaiki kereta.
Menurut beliau, monyet itu melarikan diri dari sarkas.
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment