Home /
Hiburan /
Safe /
Semasa /
"Tidak Tanggung Dosa Lagi Jika Drama Terdahulu Masih Dimainkan Kerana Pelakon Sudah Bertaubat" - Ustaz Safwan
Friday, December 29, 2017
"Tidak Tanggung Dosa Lagi Jika Drama Terdahulu Masih Dimainkan Kerana Pelakon Sudah Bertaubat" - Ustaz Safwan
Date - December 29, 2017
Hiburan
Safe
Semasa
Pelakon tidak menanggung dosa kerana mendedahkan aurat dalam drama yang dilakonan dahulu diulang siar oleh stesen televisyen sekiranya seseorang pelakon sudah bertaubat.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq, sudah menjadi tanggungjawab stesen televisyen yang sepatutnya menghormati keputusan mana-mana pelakon untuk tidak menyiarkan semula drama lama mereka.
"Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.
"Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan," katanya.
Pada Jumaat lalu, Norkhiriah berkata, dia takut untuk menanggung dosa apabila auratnya dalam drama tersebut menjadi tontonan.
Safwan turut mengingatkan agar, mana-mana pelakon yang sudah menutup aurat tidak perlu mempromosi dan menggalakkan penonton untuk melihat semula lakonan ketika tidak menutup aurat itu.
"Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu," jelasnya.
Baca: 'Itu Aurat Dan Dosa Saya," Noorkhiriah Mohon Lakonannya Yang Tidak Menutup Aurat Tidak Lagi Diulang Siar
Sumber - mStar
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment