Wednesday, January 3, 2018

Apple Turunkan Harga Penukaran Bateri, Tanda Mohon Maaf Atas Isu iPhone Terpadam Sendiri


4 Jan - Syarikat Apple secara rasmi membuat permohonan maaf bagi isu kontroversi menyembunyikan rahsia mengurangkan prestasi iPhone dan sebagai balasan mereka mengurangkan harga penukaran bateri peranti tersebut.

Umum mengetahui apabila pihak Apple mengaku bahawa mereka secara senyap-senyap melepaskan iOS yang akan mengurangkan prestasi iPhone anda sekiranya bateri anda sudah menunjukkan tanda-tanda untuk rosak.

Pihak Apple juga turut menjelaskan bahawa cara ini tidak sama sekali memaksa pengguna iPhone mendapatkan iPhone edisi terbaru seperti iPhone X dan iPhone 8.


Dalam kenyataan itu juga, Apple menerangkan serba-sedikit tentang sifat bateri yang mana jangka hayat bateri akan menurun setelah ia digunakan dalam tempoh yang lama.

Jumlah caj bukanlah satu-satunya faktor penyebab jangka hayat bateri iPhone tersebut menurun. Malah, meletakkan iPhone pada suhu tinggi juga mendorong kepada penurunan jangka hayat bateri secara mendadak.

Pihak Apple juga mendedahkan bahawa sifat iPhone itu sendiri yang mana tidak mampu beroperasi dengan baik sekiranya peratus bateri telah berada di tahap minimum dan akhirnya iPhone akan terpadam dengan sendirinya.  


iOS 10.2.1 merupakan antara penyelesaian masalah ini dan telah dikemaskini pada beberapa model iPhone antaranya iPhone 6, 6 plus, 6S dan iPhone SE.

Berdasarkan versi iOS ini, Apple mendapat maklum balas yang positif dari pengguna iPhone dan akan terus menggunakan kaedah ini pada iPhone 7 dan 7Plus pada kemaskini iOS 11.2.1.

Sebagai tanda permohonan maaf ini, pihak Apple mengeluarkan tiga mekanisme bagi menyelesaikan masalah ini.  


Mekanisme yang pertama ialah, menurunkan harga penukaran bateri dari USD79 kepada USD29. Selain itu, pada tahun ini Apple akan melepaskan satu fungsi yang mana ia dapat mengenalpasti status jangka hayat bateri iPhone anda.

mekanisme yang terakhir ialah, Apple akan memastikan masalah iPhone terpadam dengan sendiri akan diselesaikan dengan segera.

Secara khususnya, permohonan maaf ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna yang mengalami prestasi menurun pada iPhone mereka dan mampu menukar bateri iPhone pada harga rendah.

Sumber: Daily Mail

0 comments

Post a Comment