Home /
Safe /
Sukan /
Utama /
Baling Kad Merah Sampai Tersangkut di Pokok, MB Negeri Sembilan Mengaku Dihukum Tak Boleh Bermain Bola Sepanjang Hidup Selepas Insiden Itu
Wednesday, January 3, 2018
Baling Kad Merah Sampai Tersangkut di Pokok, MB Negeri Sembilan Mengaku Dihukum Tak Boleh Bermain Bola Sepanjang Hidup Selepas Insiden Itu
Date - January 03, 2018
Safe
Sukan
Utama
Siapa sangka, dia pernah dilayangkan kad merah satu ketika dahulu ketika bermain untuk pasukan negerinya dan apa yang menarik adalah sehingga kini dia masih lagi menjalani hukuman terbabit.
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dia digantung seumur hidup dari bermain bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas dilayangkan kad merah pada satu perlawanan 40 tahun dahulu.
Menurutnya, walaupun kini sudah bergelar Presiden PBNS, beliau tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden tersebut.
Menceritakan kembali insiden terbabit, Mohamad Hasan berkata ia berlaku dalam final liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang NS atau kini yang dikenali dengan nama padang Majlis Perbandaran Seremban
“Dalam perlawanan itu, saya bermain sebagai pertahanan ditugaskan mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju dan permainannya sangat bagus, dia laju.
“Saya dilayangkan kad kuning (selepas mengkasari Torairaju) tetapi saya bantah dan tendang bola sehingga terkena pengadil. Pengadil tunjukkan kad merah, saya rampas kad dari tangan pengadil dan baling lalu tersangkut di atas pokok.
“Saya tidak boleh bermain lagi selepas itu, ia adalah perlawanan terakhir saya secara rasmi,” katanya sebagaimana laporan Utusan Online.
Beliau mengulas pembabitannya dalam sukan itu selepas insiden kad merah dalam perlawanan yang berakhir 1-1 itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terdapat usul oleh ahli majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan itu.
“Tetapi saya kata tidak perlu, kerana saya salah dan saya layak dibuang padang,” katanya.
Tambah Utusan Online juga, Mohamad Hasan berkata sedemikian sebagai jawapan balas kepada satu posting seorang individu mengenai kejadian terbabit di Facebook.
Sumber: Utusan Online, NST
Share this
Related Articles :
"Penyertaan Hafizh Syahrin Di MotoGP 100 Peratus Sah," CEO SIC Sahkan Monster Yamaha Tech3 Jadi Destinasi Baru 'Pescao55'6 Feb - Siapa tidak kenal dengan Hafizh Syahrin yang sebelum ini seorang pelumba bagi pasukan Petronas Raceline Malaysia kini sah meny ...
Dilan 1990, Filem Terbaru Dari Negara Jiran, Padunya Sampai Cecah 4.2 Juta Tontonan Dalam Masa 13 HariMasih ingat filem Ada Apa Dengan Cinta? Filem tersebut pernah menjadi fenomena pada satu ketika dahulu dan sehingga kini filem itu mas ...
Mukhriz Angkat Sumpah Kali Kedua Sebagai Menteri Besar Kedah Persoalannya akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya sah sebagai Menteri Besar Kedah selepas mengangkat sumpah ...
Kecederaan ACL, Musuh Utama Individu Yang Aktif Bersukan Terutama Pemain FutsalSukan adalah salah satu platform untuk mengukuhkan lagi aspirasi nasional. Atas faktor itu pelbagai program sukan serta kecergasan tel ...
Berita Sultan Brunei Sumbang USD 1 Bilion Untuk Pulih Ekonomi Malaysia Adalah Palsu Berikutan kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk berjumpa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pagi semalam di Yaya ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment