Thursday, January 4, 2018

Dengan Hanya Kos RM30, Anda Mampu Hasilkan Sendiri Batu Pemijak Yang Cantik Ini Sebagai Hiasan Laman Rumah


Selalunya bila kita pergi rumah orang yang berada sikit, selalu je kita nampak lantai jubin yang cantik macam batu pemijak. Ada yang dijadikan hiasan di laman rumah atau pun digunakan sebagai laluan untuk taman mini. Pasti ramai daripada kita yang membayangkan harganya kan? Mesti mahal. Ya, memamg mahal kalau kita beli kat kedai, tapi kalau buat sendiri kos penghasilannya mungkin tak samapai RM 30 pun. Dan ia mudah nak dibuat.

Apa yang anda perlukan cuma sedikit usaha, kreitiviti dan kesabaran. Bahan-bahannya pun bukan susah sangan nak cari. Jadi, tak perlu lagi anda berhabis wang untuk membeli yang sudah siap dijual di kedai.


Bahan-Bahan :

1. Batu kerikil halus

2. Bancuhan konkrit

3. Acuan batu pemijak segi empat ( bergantung saiz yang diingini )

4. Peralatan pembinaan (alatan ringkas)

5. Span dan berus lembut

Cukup bahan-bahan diatas, anda cuma perlu ikut langkah-langkah ini sahaja untuk menghasilkan baju pemijak anda sendiri.

Langkah-Langkah :

1. Sediakan bancuhan simen yang dicampur dengan pasir halus dengan nisbah dua bahagian pasir dengan 1 bahagian simen. Jumlah air pula bergantung kepada kepekatan bancuhan yang anda inginkan.


2. Sediakan acuan yang diperbuat daripada kepingan kayu. Jumlah acuan terpulang kepada anda. Minima sediakan 4 acuan. Anda boleh ulang guna acuan yang sama. Letak acuan di atas permukaan yang rata seperti papan bagi membentuk permuaan dan lantai yang rata.


3. Kemudian masukkan bancuhan simen tadi ke dalam acuan dan ratakan permukan simen tersebut.





4. Tabur batu kerikil halus tadi di atas permukaan simen. Tekan sedikit batu kerikil halus hingga sedikit tenggalam.


5. Biarkan ia kering sedikit di bawah matahari selama satu jam.


6. Condongkan sedikit acuan simen tadi dan gunakan span basah untuk permukaan batu pemijak dengan lembut sehingga nampak batu kerikil halus tang ditekan tadi.


7. Ambil berus cat dan beruskan permukaan batu pemijak dengan berhati-hati bagi menghilangkan kotoran seperti simen dan lebihan batu kerikil halus. Kemudian di bawah cahaya matahari terik selama 36 jam.


8. Batu pemijak siap dan boleh digunakan.


Mudah kan. Ini sedikit info yang perlu anda ketahui berkenaan penyediaan bancuhan simen, acuan dan jenis batu kerikil halus.

Info Tambahan :

1. Bancuhan simen yang cair membuatkan batu pemijak lebih ringan manakala bancuhan pekat akan menjadikan batu pemijak anda lebih berat dan kukuh.

2. Meletakkan acuan di atas permuakaan yang tidak rata atau acuan yang tidak bersudut tepat akan menggangu proses pemasangan dan risiko retak.

3. Selain batu kerikil halus, anda juga boleh mrnggunakan baru kerikil saiz sederhana yang lebih sesuai untuk dijadikan laluan refleksologi.

Sumber : Impiana

0 comments

Post a Comment