Wednesday, January 3, 2018

Dibogel Dan Dipijak, Wanita Mengandung Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Suami Orang Teruk Dibelasah Lima Wanita


Sebuah rakaman video tidak berperikemanusian yang menunjukkan sekumpulan wanita memukul dan memijak perut seorang wanita kerana didakwa menjadi wanita simpanan suami salah seorang wanita yang memukulnya di China tersebar di media sosial.

Mangsa yang memakai baju berwarna unggu menangis sambil merayu agar perutnya tidak dipijak oleh suspek.

Bagaimanapun, seorang wanita yang memakai kasut tumit dipercayai isteri kepada suami yang ada hubungan intim dengan mangsa kelihatan begitu marah dan tidak mempedulikan rayuan selain bertindak menanggalkan baju wanita tersebut.


Video berdurasi tiga minit tersebut dipercayai dirakam sejak Oktober lalu namun baru tersebar kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya lima orang suspek jelas kelihatan di dalam rakaman tersebut yang memegang, memukul, menampar dan memijak mangsa berdasarkan rakaman yang tular itu.

''Saya sedang mengandung,'' rayu wanita muda itu ketika dipijak oleh wanita berkasut tumit tinggi bewarna hitam.

Tanpa mempedulikan rayuan tesebut, kumpulan wanita itu kemudia bertindak menanggalkan pakaian mangsa yang sedang meronta-ronta.


Isteri lelaki tersebut kemudian bertindak memijak perut wanita muda itu untuk beberapa minit seterusnya setelah yang lain bertindak memegang tangan dan kaki mangsa.

Mulut mangsa yang mengalirkan darah boleh dilihat dengan jelas di dalam rakaman tersebut.

Hingga kini, masih tiada pengesahan sama ada pihak polis sudah menjalankan siasatan atau mengambil tindakan terhadap semua suspek.



Sumber : Daily Mail

0 comments

Post a Comment