Wednesday, January 3, 2018
Padah Bawa Pemetik Api Menyerupai Bom Tangan
Date - January 03, 2018
Safe
Semasa
MIRI: Memiliki pemetik api menyerupai bom tangan mengakibatkan seorang pemuda ditahan polis ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Miri pada selasa lalu.
Suspek ditahan pada jam 9.20 malam di balai berlepas lapangan terbang itu ketika pemeriksaan bagasi dan imbasan badan di situ.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, pemuda berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Miri ke Johor Bahru telah menyembunyikan objek berkenaan dalam beg kecil yang dibawanya.
"Ketika pemeriksaan dibuat menggunakan mesin pengimbas, satu objek mencurigakan menyerupai bom tangan dijumpai disembunyikan dalam beg suspek," katanya.
Jelasnya, suspek dikatakan membeli pemetik api berkenaan di Johor Bahru.
Kes disiasat mengikut Sekyen 32, Akta Senjata 1960.
Sumber - Berita Harian
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...

0 comments
Post a Comment