Menurut laporan media, ikan lumba-lumba pertama ditemui pada 29 Disember 2017 manakala seekor lagi dijumpai semalam, 4 Januari. Ikan lumba-lumba pertama ketika ditemui sudah reput.
The Star Online melaporkan kedua-dua ikan lumba-lumba ini ditemui ditempat yang sama dikawasan belakang sebuah hotel di Tanjung Bungah. Menurut aktivis alam sekitar Andrew Ng Yew, dia telah mengarahkan nelayan dan persatuan penduduk untuk memaklumkan kepadanya jika mereka menemui sebarang makhluk laut yang terdampar supaya dia dapat memaklumkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Ini adalah untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran khususnya pihak berkuasa untuk menyiasat punca-punca berlakunya kematian makhluk ini"
Pensyarah Kanan Dr Leela Rajamani dari Pusat Kajian Marin dan Pantai Universiti Sains Malaysia mengesahkan bahawa lumba-lumba yang mereput adalah 'Humpback Indo-Pasifik'.
Tambah beliau lagi, spesis humpback merupakan spesis utama di Pulau Pinang. "Kami melihat mereka sering berkeliaran di sekitar pulau dan dilihat bersama kumpulan besar menuju ke utara, barat dan selatan pulau itu".
"Bedah siasat perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian mereka, kami mencari kos biaya dan makmal yang lengkap diperlukan untuk melakukan post-mortem".
0 comments
Post a Comment