Home /
Safe /
Semasa /
Viral /
"Short Term Memory Atau Brain Dump Hanya Akan Singgah Sekejap Di Dalam Kepala Otak" - Lelaki Ini Kongsi Cara Tanganinya
Thursday, January 4, 2018
"Short Term Memory Atau Brain Dump Hanya Akan Singgah Sekejap Di Dalam Kepala Otak" - Lelaki Ini Kongsi Cara Tanganinya
Date - January 04, 2018
Safe
Semasa
Viral
Kita ini hanya manusia biasa yang kadang-kadang sudah pasti terlupa melakukan sesuatu, sedangkan kita telah berulang kali mengingatinya. Mungkin ia kerana terdapat banyak perkara yang difikirkan di dalam otak atau otak kita sudah penuh.
Berdasarkan perkongsian Shahidan Shuib, golongan yang mudah lupa ini dipanggil 'short term memory' atau 'brain dump'. Hal ini kerana mereka ini sering terlupa perkara penting kerana otak terlalu banyak memproses perkara lain.
Dalam perkongsiannya juga, beliau berkongsi cara mudah untuk menangani masalah tersebut.
Pernah tak kita berasa otak fikiran terlalu 'overwhelmed' dengan perkara yang banyak mahu difikirkan. Terlalu banyak 'to do list' untuk dibuat atau terlalu banyak idea untuk menulis, ataupun kesemua ini sudah 'crammed' dalam kepala kita. Tetapi, pada hari lainnya kita sudah terlupa perkara yang telah kita fikirkan atau yang kita mahu buatkan.
Otak kita ibarat CPU dalam komputer kita yang ditugaskan untuk memproseskan maklumat tetapi bukanlah untuk menyimpan perkara yang banyak.
Ya, ada memori yang dikategorikan kepada 'short term memory' dan 'long term memory' tetapi kebanyakan short term memory ia hanya sekadar akan singgah sekejap di dalam kepala otak kita.
1. Ingat, otak bukan untuk 'simpan' tetapi untuk proses. Kita mungkin ingat sebahagian tetapi hampir semua perkara kita lupa.
2. Proses berfikir, menaakul dan lain - lain. Kerana itu kita sering terlupa dan 'overmissed' perkara yang penting kerana semua itu dalam proses short term memory.
3. Kerana itu kita berasa sesak dengan perkara yang difikirkan. Information overload.
David Allen dalam bukunya Getting Things Done mencadangkan idea yang dipanggil Brain Dump.
Ia perbuatan mengosongkan segala apa yang ada dalam otak pemikiran kita. Hal ini kerana terlalu banyak yang ada dalam kepala kita. Contohnya
1. Pemikiran
2. Idea
3. Tugasan yang hendak dibuat (To do list/Task )
4. Soalan yang sering kita tertanya -tanya dan mahu mencari jawapannya.
5. Apa sahaja yang ada di dalam kepala kita contohnya kenangan yang mengusik jiwa.
Kesemua perkara di atas kita akan kosongkan dalam kepala kita dan kita transferkan semua yang ada di dalam kepala kita di atas buku/kertas kosong atau dalam gajet kita.
Kita tuliskan semuanya daripada membuat senarai kerja yang remeh - temeh seperti memesin rumput halaman rumah sehinggalah kepada perkara yang besar - besar seperti idea yang besar.
Bagaimana melakukannya?
1. Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran
Samada perkara itu sangat remeh, kecil sekalipun, kita tuliskan satu demi satu. Jangan masukkan ke dalam kategori . Hanya tuliskan sahaja. Dan jangan pula menilainya sebagai remeh dan kita abaikan sahaja dengan mengambil keputusan untuk tidak menulisnya.
Ambil masa untuk mengerah kepala otak dan fikiran kita untuk menulis apa yang tertinggal dan apa yang bersarang di kepala selama ini. Ia mengambil masa lebih 15 minit hingga 30 minit bagi saya secara peribadi untuk menulis kesemuanya.
2. Analyze / Prioritize
Setelah kita menulisnya barulah kita menyelesaikan dengan menanda keutamaan apa yang perlu dilakukan. Jika ianya berbentuk soalan, mungkin kita boleh membuat research dan mencari jawapan bagi soalan kita.
Jika ianya tugas, buatlah keutamaan mengikut sangat penting, penting atau kurang penting. Atau segera mesti dilakukan.
Jika ianya mengenai kenangan bolehlah dimasukkan ke dalam jurnal atau dijadikan bahan/elemen untuk penulisan buku (habit saya).
Jika ianya tentang kata - kata yang indah yang saya dengar atau garap daripada mana - mana, saya akan tuliskan dalam ruang idea untuk dihuraikan.
Bagaimana kata kata " forever is composed of nows" Emily Dickinson menjadi satu tulisan saya adalah berpunca daripada saya dengar, tulis sebagai 'brain dump '. Bawah adalah hasil kata indah di atas yang telah menjadi tulisannya yang panjang, setelah membuat sedikit bacaan " Forever Is Composed of Nows "
3. Buat tindakan.
Setelah membuat keutamaan dan apa yang perlu dilakukan. Lakukanlah satu demi satu mengikut keutamaan. Jangan risau melihat terlalu banyak senarai yang panjang. Berasa legalah kerana semua yang ada di dalam kepala sudah diterjemahkan ke atas kertas.
Setelah saya melakukannya, saya sangat berasa lega dan sudah terasa kosong dalam kepala saya kerana sebelum itu sudah terlalu 'overwhelmed' dengan banyak perkara.
Saya seorang cikgu sepenuh masa, kerja di sekolah sungguh banyak dan bersusun berlapis-lapis. Saya juga seorang bakers bersama suri yang menerima tempahan dari masa ke semasa. Saya juga aktif menulis dengan projek - projek dan impian penulisan saya. Saya juga aktif menulis di FB . Kalau tuan meneliti, saya hanya menulis satu status setiap hari. Tidak pernah banyak dalam satu hari tetapi saya pastikan ia meninggalkan impak kepada diri saya setelah menulisnya. Saya juga seorang ayah, suami, anak kepada ibu saya.
Sudah tentu dengan semua di atas, kadangkala memang sarat dengan banyak perkara yang mahu difikirkan. Malah, terlupa membeli barangan dapur, menggunting rambut sendiri malah perkara besar seperti memasukkan cek di bank atau menulis emel penting. Jadi, di sinilah pentingnya menulis Brain Dump. Jangan simpan di dalam kepala, or else you will forget them eventually.
Tips menulis Brain Dump
1. Tulis sahaja. Jangan risau tulisan cantik, comot atau tidak. Tulis.
2. Peruntukkan masa sendirian yang lama. Jangan ada gangguan daripada luar . Duduk bersendirian. Perah otak untuk menulis apa yang ada di dalam kepala. Keluarkan.
3. Jangan risau tentang highlinght, nota 'post it' atau sebagainya. Tulis sahaja.
4. Jangan terlalu memikirkan dengan mendalam sangat. Jika mahu menulis bersihkan rumah – tidak perlu menulis lebih dalam seperti membersih bilik air, menyental mangkuk tandas dengan detail. Kita mahu menulis secepat mungkin. Dan pindah ke idea lain.
5. Jangan menganggu diri kita dengan persekitaran luar. Tinggalkan perkara lain dahulu. Tulis dahulu kemudian bolehlah kita memprosesnya dan melakukan perkara lain kemudiannya.
6. Usai menulis, kita tinggalkan dahulu. Kemudian, kita duduk semula dan melihat barulah kita analisiskan apa yang kita tulis itu.
7. Saya selalu menulis Brain Dump pada pagi Isnin. Dan, saya juga menulis Brain Dump jika masuk awal bulan. Untuk 'oversee' segala jenis kerja sepanjang bulan. Dan, saya juga menulis Brain Dump jika ada satu projek khas. Katakanlah aktiviti sukan tahunan, saya akan tulis segala berkaitan dengan apa yang perlu saya buat untuk sukan tahunan sekolah saya. Contoh termasuklah mengasingkan tiga jenis genre lagu dalam tiga pen drive yang berlainan. Itupun ditulis. Takut lupa.
Lihat Foto 1 (Tahun 2017) kertas Brain Dump saya untuk bulan November. Saya sudah kategorikan dan analisiskan. Lihatlah dari perkara sekecil dan seremeh seperti bincang jamuan tahunan dengan mak cik kantin sehingga kepada idea besar . Tidak ada satu yang ditinggalkan.
Foto 2: Sekitar hujung Disember 2017. Setelah dipecahkan kepada beberapa tugas mengikut peranan saya. Hah, belum lagi memesin rumput halaman rumah saya, asyik hujan petang setiap hari di sini. Tengoklah, sampai tulis mahu gunting rambut, beli songkok Affan (anak saya) dan beli gula perang. Hahaha.
Cubalah lakukan. Semoga hidup produktif dan terurus hal seharian kita .
**** Idea asal Brain Dump adalah daripada David Allen dalam bukunya Getting Things Done .
Sumber - Shahidan Shuib
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment