Tuesday, February 6, 2018

Kumpul Duit Syiling Untuk Cukupkan Kos Pembedahan Anak, Tindakan Bapa Ini Buat Netizen Sebak


Bapa ini perlu mengumpul 2 juta Peso untuk kegunaan pembedahan anak kecilnya yang baru berusia 11 bulan.  Setiap sen dirasakan sangat-sangat berharga kerana dia berharap dengan syiling tersebut dapat membantunya mendapatkan jumlah yang diperlukan.

Di Facebook gambar Jeric Trestre sambil mengira syililng menjadi viral kerana ianya menyentuh hati netizen melihatnya mengira duit-duit syiling diatas lantai  dengan mendapat lebih 70,000 shares.  Anaknya itu menghidap penyakit Biliary Atresia iaitu penyakit yang jarang-jarang berlaku kepada kanak-kanak yang menyebabkan hati dan saluran hempedu tersekat serta menyebabkan kerosakkan yang serius.

Jenny yang memuat naik gambar tersebut berkata, "melihat Jeric mengira syiling itu membuatkan hati saya luluh."

Lebih malang, walaupun kisahnya sudah tular di media sosial namun, mereka masih tidak dapat mengumpul wang yang cukup untuk pembedahan anaknya.  Sehingga kini, mereka hanya berjaya mengutip 200,000 Peso.  Isterinya, Zai bekerja sebagai pekerja kilang dan Jeric sebaliknya terpaksa berhenti kerja menjaga anak tersebut.

Selain daripada kos operasi, keluarga itu juga memerlukan ratusan ribu lagi untuk kos perjalanan membawa anaknya itu ke India, dimana pembedahan akan dijalankan kerana kadar harga disana lebih murah dah peluang terselamat juga tinggi.



"Di India lebih murah, kos pembedahan di Taiwan hampir 4 juta Peso dan di Filipina pula 4.5 Juta Peso."

"Saya terdesak dan kerana itulah saya mengumpul sebanyak mana syiling yang ada bagi mencukupkan jumlah sedia ada.  Tidak ada ibu bapa yang sanggup melihat kesakitan yang dialami anak dan tidak melakukan apa-apa untuk melihat anak mereka terus hidup.  Kami sangat menyayanginya."

Walaupun ada sebahagian daripada kita menganggap duit syiling seakan-akan tidak berguna, namun tidak bagi Jeric dan pasangannya.  Walaupun mungkin 1 sen dirasakan jika dikumpul jumlahnya dapat mencukupkan kos diperlukan.  

Siakapkeli.my

Sumber: Manila Bulletin

0 comments

Post a Comment