Wednesday, February 14, 2018

"Siapa Lagi Masih Pangku Anak Ketika Dalam Kenderaan?" Ajar Anak Anda Duduk Dalam 'Car Seat' Dan Ketahui Kepentingannya


Hakikatnya masih ramai ibu bapa di Malaysia ini tidak sedar betapa pentingnya penggunaan baby car seat untuk bayi anda sepanjang perjalanan didalam kereta.

Hal ini diambil serius kerajaan negara Barat dengan undang-undang yang diperkenalkan tentang penggunaan baby car seat ini perlu digunakan sehingga kanak-kanak tersebut berusia 7 tahun.

Pastinya ada sebab dan musabab kemestian penggunaan baby car seat ini ketika ingin memulakan perjalanan.  Samalah juga kepentingan penggunaan tali pinggang keledar sebaik sahaja menaiki kereta.  Perlaksanaan setiap perkara itu bersebab, terutamanya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.


Bukan satu atau dua kes yang sudah melibatkan ketidak-prihatinan ibu bapa yang hanya memangku anak kecil dihadapan dan menyebabkan kemalangan tragis seperti anak tercampak keluar daripada kereta.

Baby Car Seat ini penting tak kira perjalanan itu jauh ataupun dekat kerana kita tidak akan boleh menjangka apa yang akan jadi dihadapan.  Seharusnya kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi anak-anak tersayang.

Gambar Hiasan


Seperti perkongsian dibawah daripada Sarah Sulaiman yang mengambil inisiatifnya sendiri memberi peringatan kepada para ibu bapa diluar sana untuk mengambil berat hal ini daripada kejadian yang berlaku sebelum ini melalui group Malaysian  Carseat Support Group semalam.

Semoga apa yang ingin disampaikan ini membuka mata kita untuk lebih berwaspada dan sudah tiba masanya untuk bertindak melindungi nyawa anak-anak yang disayangi.



2018: siapa lagi yg masih pangku anak dalam kenderaan?

Walau mengamuk, melalak, biar anak menangis, jangan kita yang menangis menyesal bila ada yang tercampak keluar, terhantuk bila kemalangan.

Tambahan: saya bukan nak point kesalahan family yg kemalangan ni. Posting ini utk ibu bapa lain ambil iktibar. Mmg kalau pakai cs boleh juga kemalangan, tapi kesan tercampak, terhantuk mungkin kurang/tiada.

Gambar Hiasan
Jom pakai carseat dgn cara yg betul, jadi ibu bapa bertanggungjawab dgn keselamatan anak dlm kenderaan

Sorry saya bukan penjual carseat. Jgn salah fhm. Ambil pengajaran je. Ada byk info dlm album ni. Boleh lah baca ye

0 comments

Post a Comment