Rasanya ramai pasangan yang mencuba kaedah ini namun masih hamil. Walaupun dikatakan cara ini paling selamat, tetapi risikonya masih tinggi.
Menurut kajian, wanita masih boleh mengandung walaupun pasangan melakukan ejakulasi diluar vagina. Melalui kaedah ini, hampir 25% wanita mengandung.
Justeru itu, ternyata kajian ini membuktikan kaedah pancut luar ini lebih tinggi risikonya daripada pasangan yang memakai kondom.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pakar Obstetrik dan Ginekologi menerangkan kesahihan kaedah ini bagi pasangan yang ingin mencegah kehamilan. Namun yang pasti, teknik ini tidak menjamin 100% akibat daripada faktor-faktor tertentu.
Mari baca perkongsian beliau yang pastinya membuka mata setiap pasangan untuk mengetahui risiko kaedah ini walaupun dirasakan sudah selamat. Semoga ianya bermanfaat.
‘Buang Luar’ mencegah kehamilan ?
Ada di kalangan suami isteri yang berkahwin melakukan perancangan keluarga atau erti kata lain mengawal kehamilan. Kemungkinan pasangan tersebut belum bersedia untuk memiliki cahaya mata atas sebab-sebab tertentu. Antara teknik yang digunakan adalah mencabut zakar daripada alat kelamin isteri sebelum berlakunya pancutan air mani.
Ramai beranggapan ianya langkah mencegah kehamilan yang berkesan. Hakikatnya ?
teknik ini tidak menjamin 100% kerana banyakkk faktor boleh berlaku. Contohnye, seseorang lelaki mungkin tak dapat mengawal ejakulasi cukup lama untuk menarik keluar kemaluan terutama mereka yg pertama kali melakukan hubungan kelamin atau terjadinya ejakulasi pramatang.
Selain itu, air mazi yg sering disebut 'precum' yg keluar sebelum klimaks mungkin mengandungi air mani yang tinggal dalam salur kencing ( urethra ) daripada ejakulasi sebelum ini.
Maka sekarang anda sedia maklum, kenapa teknik 'buang luar' bukannlah yang terbaik untuk mencegah kehamilan. Banyak lagi teknik lain yang lebih berkesan - dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli kesihatan yang bertauliah !
Memang anak tu rezeki. Tapi kesihatan ibu itu adalah lebeh UTAMA
0 comments
Post a Comment