Sunday, February 4, 2018

"Saya Pesakit Gout, Target Kurus Untuk Pulih Gout," Guna Diet Kalori Lelaki Berjaya Dapatkan Saiz Badan Saiz XL Ke XS


Memiliki bentuk tubuh badan yang menarik dan berat ideal merupakan impian semua orang yang ingin tampil cantik dan sihat.

Keinginan untuk mempunyai tubuh badan langsing memerlukan usaha yang gigih untuk menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, bukan semua orang mampu bertahan untuk mengamalkan diet dan bersenam sehari-hari bagi mendapatkan berat badan yang diimpikan.

Namun, nak berdiet ini bukan sebuah perkara yang sukar jika kita lakukannya dengan cara dan kaedah yang betul. Jika betul caranya, bukan sahaja kita berjaya mendapatkan bentuk badan yang diinginkan malah terhindar dari pengaruh pengambilan ubat-ubatan terlarang untuk kurus.

Ikuti perkongsian dari Ahmad Zulzaidi Zulkarnain tentang tips dan cara beliau mengamalkan diet sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama enam bulan.

Mari baca dan ikuti perkongsian berguna ini. Semoga bermanfaat bagi yang ingin menurunkan berat badan.


Assalamualaikum!

Di atas permintaan ramai (macam ramai sgt ) untuk pertama kalinya saya share kan tips & cara saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 37 kg selama 6 bulan kepada public setelah hampir 2 tahun memikirkan susunan ayat2 power

DIET KALORI : FROM XL TO XS

Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yg silap termasuk sy, igt DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yg sgt2 salah. DIET sebenarnye bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dgn pakar pemakanan ye

Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT  ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu...itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.


1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.

2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!

3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.

4. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.

5. Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu  kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.23L tu.


6. Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.

7. Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia 🇲🇾 tak boleh tinggalkan nasi . So nasi sy makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebi sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal.

So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT .

8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal.

9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak 😂 bihun sup ye atau tom yam.


10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD , KFC  & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu .

11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring . Yang goreng2 elak ye.

12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).

13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.


14. Ramai yg bertanya, ubat apa yg saya ambil utk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa2 ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.

15 PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!

16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebi dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Bole install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.


18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam sy dulu klu sy stress sy suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah .

19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya.

20. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu.

21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu org ye menipu diet anda. So hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.


Diharap dgn sedikit ilmu dan pengalaman yg saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yg ideal untuk jangka masa yg panjang dan kekal sihat in shaa Allah.

Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kpd anda semua kerana sudi membaca coretan saya.

Sumber- Ahmad Zulzaidi Zulkarnain

0 comments

Post a Comment