Home /
Kesihatan /
Safe /
Viral /
Siapa Sangka Booster Tenaga Dan Kecantikan Boleh Dibuat Di Rumah Dengan Hanya Menggunakan Limau Kasturi
Sunday, February 11, 2018
Siapa Sangka Booster Tenaga Dan Kecantikan Boleh Dibuat Di Rumah Dengan Hanya Menggunakan Limau Kasturi
Date - February 11, 2018
Kesihatan
Safe
Viral
Penjagaan diri bukanlah hanya tertumpu pada kecantikan wajah sahaja tetapi juga melibatkan perkara yang paling utama iaitu kesihatan dalaman.
Sekiranya badan kekurangan sumber vitamin atau zat yang diperlukan pastinya akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan kita.
Kadangkala kita tidak perlu berhabis ratusan ringgit untuk membeli makanan tambahan atau supplemen yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah kita kerana terdapat alternatif yang lebih mudah dan boleh dilakukan di rumah.
Tumbuhan organik, sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai kahsiat juga boleh dijadikan sebagai makanan tambahan yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Seperti perkongsian dari Puan Suhaili Baharuddin di laman facebooknya tentang cara mudah membuat booster tenaga dengan hanya menggunakan limau kasturi yang katanya membekalkan vitamin C.
Ayuh ikuti perkongsian ini dan selamat mencuba!
BOOSTER TENAGA DAN KECANTIKAN DENGAN VITAMIN C MURAH TETAPI HEBAT.
Ini resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.
Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Lifestyle.
Topik menarik yang sangat kena dengan jiwa. Bersikap positif dalam hidup maka tubuh akan menghasilkan zat kimia yang akan mengurangkan rasa cemas. Maka terhasillah konsentrasi dan kejayaan.
Begitu.
Berceramah pula Kak Eli tiba-tiba.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh.
Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira.
Limau kasturi penuh dengan vitamin C,
boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan.
Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit.
Oi mestilah nak. Tipu kalau tak nak.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Balik dari kerja waktu petang terus boleh buat segelas. Badan yang lesu akan cergas semula.
Ayuh.
Bahan-bahan:
1. Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula nak cari.
Cara-caranya:
1. Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.
2. Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3. Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
4. Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
5. Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas kedalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Sumber- Suhaili Baharudin
Share this
Related Articles :
Mata Rabun, Kelopak Mata Koyak, Gadis Ini Cerita Pengalaman Bahana Pakai Kanta Lekap Yang Penjagaannya SalahContact lens atau kanta lekap dipakai bertujuan untuk membaiki masalah rabun sebagai pengganti cermin mata. Namun hari ini, rama ...
"Kalau Suami Puan Beli Kangkung Je Pun, Makanlah, InsyaAllah Berkat," 10 Asas Ini Petua Membina Rumahtangga BahagiaGambar HiasanIslam telah menegaskan kepentingan perkahwinan dalam mengeratkan perhubungan keluarga. Perkahwinan adalah fasa yang ...
"Dia Cakap Aku Macam Gajah, Muka Macam Tar", Gadis Nekad Berubah Menjadi Cantik Selepas Ditinggalkan Kekasih Kerana GemukRupa paras dan bentuk tubuh badan sangat memainkan peranan penting bagi segelintir orang yang ingin memilih pasangan hidup meskipun pe ...
Terkenal Sebagai Selusuh Ibu Bersalin, Ramai Yang Tidak Tahu Kegunaan Lain Pokok Sanggul Fatimah IniPokok sanggul Fatimah atau nama lainnya iaitu pokok genggam, rumput Fatimah atau Selaginella Iepidophylla merupakan tumbuhan yang digu ...
"Jika Anak Tak Mahu Susu Botol Lagi, Buang Saja Bakinya," Bakteria Mampu Membiak Dalam Susu Jika Simpan Terlalu LamaGambar Hiasan14 Feb - Sudah menjadi kebiasan kepada ibu bapa untuk memberi susu formula kepada anak-anak. Pelbagai jenama susu formula ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya bekerja di ladang di Korea Selatan yang mampu memberikan ...
0 comments
Post a Comment