Monday, February 12, 2018

Terusan Tercantik Kota Paris Dibersihkan Buat Kali Pertama Sejak 2001, Apa Yang Ditemui Di Dasar Sungguh Tidak Disangka

Terusan Saint Martin, Paris merupakan salah satu terusan air paling indah dan tertua sejak siap dibina pada tahun 1825 oleh kaum Napoleon.

Terusan ini direka bertujuan mengalirkan air segar keseluruh bandar.  Bagi mengekalkan air terusan sentiasa bersih, pihak berkuasa Paris akan mengarahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan setiap sepuluh atau lima belas tahun.



Kali terakhir terusan itu dibersihkan pada tahun 2001, dan akhirnya hujung tahun 2015 pihak berkuasa memutuskan untuk mengeringkan terusan tersebut sekali lagi bagi kerja-kerja pembersihan.

Selama 14 tahun terusan itu tidak dibersihkan, ia kelihatan penuh dengan sampah-sarap dan kelihatan tidak selamat.  Proses pembersihan yang menelan belanja sebanyak RM40 juta itu mengembleng beratus pekerja pada awal Januari 2016 lalu untuk membersihkannya.



Bagi memulakan proses pengeringan, empangan diturunkan kedalam terusan, para pekerja memulakan aktiviti pembersihan dengan menyelamatkan ikan-ikan yang terdapat didalam terusan tersebut.  Sebanyak 4500kg ikan berjaya dipindahkan!



Selepas proses pemindahan ikan, mereka langsung mengeringkan terusan sehingga paras air sedalam 20 inci.  Gambar dibawah menunjukkan longgokan sampah dan barangan-barangan yang dicampak kedalam terusan.



Apa yang paling mengejutkan adalah penemuan bangkai motosikal dan basikal dengan jumlah yang banyak.  Bagaimana barang sebesar itu boleh dicampak kedalam sungai berkenaan?



Tidak cukup dari itu, mereka juga menemukan telefon bimbit, mangkuk tandas dan sebuah beg besar yang tidak diketahui apa isi didalamnya.  Sangat luar biasa.  Apakah motif barang-barang itu dibuang kedalam sungai daripada dibuang kedalam tempat pembuangan sampah?





Hal ini mungkin kerana terdapat sebuah kelab malam yang berada berhampiran terusan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti pembuangan sampah tidak bermoral pelanggan kedai berkenaan.





Namun, Celia Blauel, seorang ahli politik yang bertanggungjawab menjaga alam sekitar bandar tersebut berkata, "rakyat Paris seharusnya memberi penghormatan terhadap proses pembersihan yang dilakukan untuk bandar ini dan sentiasa menjaga terusan sebagai salah satu tempat tarikan pelancong yang terkenal."



Beliau juga berkata bahawa terusan itu sangat bersih sekarang, dan mungkin tidak lama lagi pihak berkuasa akan membenarkan orang awam berenang didalamnya.

Siakapkeli.my

Sumber: International Business Times

0 comments

Post a Comment