9 Feb - Helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang melakukan penerbangan ihsan untuk menghantar seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dari Kampung Tekek, Pulau Tioman yang segera memerlukan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selamat mendarat di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, Kemunting kira-kira jam 11.05 malam tadi.
Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, sebelum keadaan pesakit menjadi lebih teruk, dia perlu segera mendapatkan rawatan. Tambahan pula dia juga penduduk tempatan di situ.
"Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohammad Izzue Ramli Muhamad Jaffri telah mengalami kesukaran untuk bernafas akibat jangkitan kuman di paru-parunya ketika mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman.
"Bagaimanapun pegawai perubatan dan kesihatan yang merawatnya, Doktor Abd Zaki Arrasyid telah mengesahkan keadaanya memerlukan rawatan rapi dengan kemudahan lengkap di hospital dengan kadar segera," katanya di sini, malam tadi.
"Helikopter tersebut bergerak dari Stesen Udara Maritim Subang kira-kira jam 8.45 malam selepas menerima panggilan kecemasan dan bergerak kira-kira jam 10.10 malam dari Tioman ke Kuantan," katanya.
Penerbangan ihsan itu diketuai oleh Leftenan Komander Maritim, Shamsul Ehsan Alwi yang turut dibantu oleh Leftenan Komander Maritim, Azizi Zulkifli, kru udara Mohd Noor Tangkim dan perenang penyelamat Supiyan Sulaiman.
Shamsul berkata, mereka mengalami sedikit kesukaran ketika hendak mendarat di Pulau Tioman kerana kurang pencahayaan di tempat pendaratan.
"Manakala penerbangan dari Pulau Tioman ke Kuantan pulanagak perlahan berikutan angin bertentang menyebabkan kami perlu berhati-hati terutama membawa pesakit.
"Namun begitu secara keseluruhannya cuaca hari ini sangat baik dengan kelajuan angin 20-25 knot...Alhamdulillah telah melancarkan penerbangan hingga ke Kuantan," katanya.
Siakapkeli.my

0 comments
Post a Comment