Home /
Safe /
Semasa /
Utama /
(Video) Tular Video Basikal Rosak Didakwa 'Dibaling' Petugas Air Asia, Tony Fernandes Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
Thursday, March 22, 2018
(Video) Tular Video Basikal Rosak Didakwa 'Dibaling' Petugas Air Asia, Tony Fernandes Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka
Date - March 22, 2018
Safe
Semasa
Utama
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes memohon maaf selepas video kakitangan AirAsia menyebabkan basikal seorang penumpang rosak tular di media sosial.
"Kami adalah sebuah syarikat yang jika kami buat silap, kami akui dan menerimanya. Kami akan jadi lebih baik. Mohon maaf," katanya dalam posting di Facebook hari ini.
Posting itu turut disertakan rakaman video 30 saat, yang memaparkan dua kakitangan sedang mengangkut bagasi dari pesawat di lapangan terbang.
Video yang kelihatan dirakam dari dalam pesawat itu menunjukkan kakitangan yang mengendalikan bagasi terbabit menghumbankannya ke tanah dan ke dalam kenderaan pengangkut.
Pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan mendakwa basikalnya rosak ketika proses memunggah tersebut dilakukan.
"Terima kasih AirAsia, kau pecahkan basikal aku. Ini dirakam ketika kami masih dalam penerbangan AK171 kami dari Kaohsiung ke KLIA2," tulisnya yang turut memuatkan gambar basikal yang rosak.
Fernandes berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat, yang juga seorang penunggang basikal akan berhubung dengan penumpang berkenaan dan memastikan tiada kerosakan berlaku.
"Selepas menemui semua kakitangan lelaki dan wanita, saya sangat kecewa. (Kami) akan keluarkan kenyataan untuk meyakinkan semua penunggang basikal, "katanya.
Fernandes kemudian membalas komen seorang pengguna Facebook dengan mengatakan kakitangan berkenaan mungkin berhadapan dengan berat bagasi.
"(Ia) tidak berat tetapi kita melihat ke arah itu. Kami bawa beratus-ratus (basikal). Tapi salah tetap salah," katanya.
Video: Kini Tv
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...

0 comments
Post a Comment