Sunday, April 1, 2018

"Auntie Jangan Tipu Saya, Saya Tahu Baca'', Pembeli Kesal Sikap Tidak Sensitif Peniaga, Letak Sayur Bersama Daging B*bi


Tidak sensitif dalam isu makanan halal. Begitulah apa yang boleh digambarkan apabila seorang peniaga di Pasar Awam Gemencheh yang telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan.

Isu berkenaan pada mulanya telah disebarkan oleh seorang pengguna semalam di WhatsApp. Beliau terkejut apabila mendapati sebuah bungkusan bertulis bebola daging babi dijual di pasar berkenaan dan diletakkan bersama-sama sayuran. Namun apabila ditanya, peniaga tersebut menafikannya.





Setelah perkara tersebut tersebar dan mendapat perhatian ramai, Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan, Ain ArjunaAziz Zaman, telah meminta pihaknya membuat siasatan aduan di lokasi yang dinyatakan.

“Pegawai kita telah turun padang ke lokasi yang dinyatakan dan mendapati premis menjual sayur berkenaan menyimpan secara bercampur produk tidak halal bersama-sama produk yang mempunyai sijil halal di dalam peti ais bagi tujuan perdagangan.


“Tindakan peniaga ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Peniaga ini dikenakan tindakan di bawah kesalahan perkara 3(1), Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya kepada sumber.


Dalam sebaran maklumat berkenaan, pengguna tersebut berasa kesal apabila peniaga berkenaan tidak mengakui kesilapannya dan dia bertindak meninggalkan sayuran yang dibelinya itu.

Siakapkeli.my

Sumber : Sinar Harian

0 comments

Post a Comment