Tuesday, April 3, 2018
Suami Muflis Dan Hidup Merempat Gara-Gara Isteri Kaki Judi
Date - April 03, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang suami jatuh muflis selepas isterinya menggunakan wang sejumlah £3.5 juta (RM19 juta) untuk berjudi.
Christopher Forte bertemu dengan isterinya, Julia Posman yang merupakan wanita kelahiran Indonesia pada tahun 2010 sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2014.
Bagaimanapun, Christopher tidak menyedari mengenai hutang judi isterinya sehinggalah mereka bercerai.
Segalanya bermula apabila wanita itu memberitahu yang dia mempunyai hutang berjumlah £2.5 juta (RM13.6 juta) dengan dua ahli perniagaan, selain hutang kad kredit.
Bukan sahaja duit miliknya, malah dia turut meminjam duit ibubapanya bagi membantu isterinya melangsaikan hutang.
Selain itu, isterinya mendakwa memerlukan duit bagi mendapatkan visa.
"Saya warga British, dia isteri saya. Dengan bayaran beberapa ribu sahaja sepatutnya kami boleh mendapatkan visa.
"Tapi saya tak sedar, mungkin kerana cinta. Setiap kali bangun tidur, saya tengok dia menangis dan merayu meminta wang.
"Jika saya tanya macam-macam, dia akan sedih dan menuduh saya sudah tidak mempercayai dia," jelas Christopher.
Lelaki itu menerima sepucuk surat pada April 2016 yang mendedahkan dia dan rakan kongsi perniagaannya yang dikenali sebagai Kaye meminjamkan wang berjumlah £2.5 juta (RM13.6 juta) kepada Julia.
Insiden tersebut mengejutkan Christopher berikutan dia tidak mengetahui tentang namanya yang diletakkan sebagai penjamin pinjaman tersebut.
Sementara itu, Julia yang berada di Indonesia mengakui mengenai pinjaman wang itu dan mendedahkan dia memberikan sejumlah wang tersebut kepada abang dan ibu bapanya untuk berjudi.
Semasa perbicaraan kes cerai mereka Ogos tahun lalu, wanita itu bersetuju untuk membayar hutang bekas suaminya dengan kadar £1,700 (RM9,240) sebulan.
Namun, sehingga kini dia tidak menjelaskan hutang itu menyebabkan bekas suaminya diisytiharkan muflis.
Sumber- Dailymail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment