Home /
Global /
Safe /
Semasa /
(Video) Dikecam Pada Usia 4 Tahun, Kini Natthanan 'Makeup Artist' Termuda Untuk Acara Berprestij Dunia 'London Fashion Week 2018'
Tuesday, April 3, 2018
(Video) Dikecam Pada Usia 4 Tahun, Kini Natthanan 'Makeup Artist' Termuda Untuk Acara Berprestij Dunia 'London Fashion Week 2018'
Date - April 03, 2018
Global
Safe
Semasa
Masih ingatkah anda dulu waktu kecil terutamanya bagi budak perempuan yang diam-diam mencuba barangan kosmetik milik ibu hanya untuk berdandan dan berangan dihadapan cermin?
Sama halnya dengan Natthanan, seorang gadis cilik berasal daripada Thailand yang sangat gemar bermain bersolek seawal usianya 4 tahun. Ibunya menjadi salah seorang pendorong Natthanan untuk sentiasa memperbaiki kemahiran makeup dan memuat naik video anaknya di dalam Facebook.
Mungkin kerana pendedahan makeup yang terlalu awal dengan kemahiran yang ditunjukkan Natthanan, kanak-kanak ini telah tular diseluruh dunia serta mendapat reaksi yang rata-rata kagum dengan bakat makeup yang ditonjolkan.
Beruntung kerana mempunyai keluarga yang sangat supportive, Natthanan telah mula mengikuti kursus makeup secara serius diawal usianya 7 tahun dan sejak itu dia mula menceburi bidang makeup serta menjadi berhasrat ingin makeup artist professional walaupun masih muda.
Ketika menginjak usianya 9 tahun, Natthanan sudah dikenali seantero Thailand sebagai seorang juru mekap yang sangat terkenal serta mendapat hasil pendapatan yang lumayan daripada perkhidmatan yang diberikan. Pendapatan yang diperolehi digunakan untuk membeli produk kosmetik yang berkualiti tinggi untuk memastikan hasil solekan yang bagus.
Salah seorang gurunya yang menyedari potensi Natthanan untuk berkembang lebih jauh telah menghubungi salah sebuah sekolah solekan di Amerika Syarikat bagi membolehkan Natthanan diberi peluang belajar tentang kemahiran solekan dengan lebih advance di sana.
Tidak hanya sampai disitu, tuah Natthanan telah menjadikan gadis ini menjadi salah seorang penata rias wajah-wajah model diacara terbesar London iaitu di London Fashion Week! Daripada situ, dia telah mendapat perhatian media antarabangsa yang ternyata kagum dengan kebolehan bakat gadis muda ini.
Menurut Natthanan, itu merupakan pencapaian paling besar buatnya pada tahun 2018 ini, namun bukan bererti dia sudah berjaya, masih ada segunung impiannya yang masih ingin dicapai.
Mempunyai lebih 700,000 pengikut di laman sosial, Natthanan membuktikan kepada orang ramai, minat mampu mengubah hidupnya.
Siakapkeli.my
Sumber: BBC News
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment