Home /
Global /
Safe /
Semasa /
'Ibu Berhati Iblis', Wanita Masih Tersenyum Ketika Ditangkap Selepas Tikam Mati Anaknya 70 Kali
Friday, May 18, 2018
'Ibu Berhati Iblis', Wanita Masih Tersenyum Ketika Ditangkap Selepas Tikam Mati Anaknya 70 Kali
Date - May 18, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang ibu masih tersenyum selepas ditangkap kerana menikam anak sulungnya sebanyak 70 kali dan kemudian melarikan diri dengan seorang lagi anak gadisnya berusia lapan tahun.
Taheerah Ahmad, 39 ditahan di pusat bandar Tulsa pada petang Selasa lalu.
Pihak berkuasa mendapati dia telah menyerang anak perempuannya yang berusia 11 tahun pada malam Isnin, kemudian melarikan diri dengan adik kepada mangsa yang berusia 8 tahun, Hafsa. Hafsa dikatakan selamat ketika ditemui bersama ibunya.
Pun begitu, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan masih tidak sedarkan diri. Menurut laporan, Taheerah bertindak menikam anaknya kerana benci dengan cara melihat mereka melihatnya. Dia lantas mengikat dan bertindak menikam anaknya itu.
Hafsa walaubagaimana pun cuba untuk membantu kakaknya melarikan diri dan seorang lagi adiknya juga keluar dari rumah untuk meminta pertolongan jiran. Ketika polis tiba, mereka menjumpai kanak-kanak itu terbaring dilantai yang dilimpahi darah dan dalam keadaan rumah yang sedang terbakar.
Salah seorang pegawai polis berkata, "ia nampak seperti cerita seram, darah berada dimana-mana, di perabot dan juga lantai."
Taheerah dan Hafsa hilang selama 17 jam selepas ditemui di salah sebuah tempat letak kereta di kawasan berdekatan.
Mangsa dikatakan mengalami kesan tikaman teruk di bahagian kaki, leher, tangan dan muka. Pegawai penyiasat menjumpai 2 bilah pisau dan barangan berkebun ditempat kejadian. Dikatakan juga, Taheerah mahu rumah itu dibakar supaya anaknya itu benar-benar mati.
Siakapkeli.my
Sumber: Daily Mail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...





0 comments
Post a Comment