Friday, May 25, 2018
Hidapi Sindrom, Rambut Bayi Ini Tercacak Seperti Albert Einstein
Date - May 25, 2018
Global
Safe
Seorang bayi berusia tujuh bulan menjadi tumpuan setiap kali dia keluar rumah apabila dilaporkan memiliki gaya rambut yang unik dan kelihatan seperti saintis, Albert Einstein.
Bagaimanapun, bayi yang diberi nama Taylor McGowan itu bukanlah mensengajakan gaya rambut sebegitu tetapi dia disahkan menghidap Uncombable Hair Syndrome (UHS) dimana rambutnya sukar untuk dirapikan dan akan sentiasa berada dalam keadaan tercacak.
Ibu dan bapa kepada bayi ini telah mencuba pelbagai cara untuk merapikan rambut anak mereka namun bagaimanapun, ia tetap berkeadaan sebegitu.
“Pada mulanya, kami menyangka dengan meletakkan sedikit air maka rambutnya akan leper tetapi rambut Taylor kembali menegak. Saya tidak mahu meletakkan bahan-bahan kimia atas kepalanya dan menggunakan aloe vera sebagai gel tapi keadaan tetap sama.
“Kami cuba macam-macam cara tapi tak berjaya,” ujar Cara yang menetap di Chicago.
Meskipun Taylor kelihatan comel dan unik, tetapi menurut ibunya, dia berasa sedih apabila terdapat segelintir orang yang gemar mempersendakan keadaan rambut anaknya dengan bertanya sama ada bayi ini terkena renjatan elektrik dan menyebabkak rambutnya tercacak.
“Kadang-kadang ia menyukarkan. Kami mahu bercampur dengan orang ramai tapi memenatkan apabila kadang-kadang terpaksa berhenti 9 ke 10 kali oleh mereka yang ingin bertanyakan mengenai rambut Taylor,” jelasnya.
Sumber- Dailymail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment