Home /
Global /
Safe /
Semasa /
Menteri Denmark Gesa Muslim Bercuti Di Bulan Ramadhan, Dakwa Orang Berpuasa Ancam Keselamatan Orang Lain Jika Bekerja
Tuesday, May 22, 2018
Menteri Denmark Gesa Muslim Bercuti Di Bulan Ramadhan, Dakwa Orang Berpuasa Ancam Keselamatan Orang Lain Jika Bekerja
Date - May 22, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang Menteri di Denmark baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi apabila mencadangkan rakyat Denmark yang beragama Islam bercuti di sepanjang bulan Ramadan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan awam jika dibenarkan bekerja.
Menteri Intergrasi, Inger Stoejberg, yang mengawal selia hal ehwal imigran di peringkat pusat membuat kenyataan tersebut melalui blognya ketika mempersoalkan kesesuaian pekerja Islam dalam dunia moden untuk mengamalkan salah satu daripada Rukun Islam yang berusia lebih daripada 1400 tahun itu.
Dakwanya lagi, mengambil contoh jika seorang Muslim yang berpuasa bertugas sebagai seorang pemandu bas, larangan untuk makan dan minum ketika di siang hari boleh menjejaskan tumpuan pemandu tersebut sekaligus meletakkan penumpang-penumpangnya dalam bahaya.
Sehubungan itu, beliau mendesak komuniti Muslim di negara tersebut untuk mengambil cuti dan berehat ketika Ramadan supaya dapat mengelak daripada memberi impak yang buruk kepada komuniti Denmark yang lain.
Bagaimanapun cadangan tersebut ditentang oleh Pengerusi Kesatuan Muslim Finland, Pia Jardi yang menyifatkan idea tersebut sebagai mengarut.
''Tiada maklumat terperinci atau statistik yang menunjukkan pemandu bas atau pekerja-pekerja Muslim lain yang mana tindak-tanduk mereka membahayakan orang lain ketika Ramadan.
''Di kebanyakkan negara Islam, perniagaan dan kedai-kedai makan dibuka dan beroperasi setiap hari seperti biasa.
''Bagaimanapun orang Islam yang berpuasa diingatkan supaya mendapatkan rehat yang secukupnya,'' katanya lagi.
Lebih daripada 1.8 bilion umat Islam menyambut Ramadan bermula minggu lepas dengan 250,000 orang daripadanya menetap di Denmark yang mempunyai populasi sebanyak 5.7 juta orang penduduk.
Stoejberg adalah ahli parti Liberal yang membentuk kerajaan minoriti di Denmark yang diketuai Perdana Menteri Lars Loekke Rasmussen sejak 2015.
Beliau sejak kebelakangan ini dilantik menjadi jurucakap kerajaan dalam hal ehwal pelarian dan imigran.
Denmark baru-baru ini telah memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan pelarian yang berhijrah ke negara itu untuk menyerahkan barang perhiasan seperti emas dan berlian kepada kerajaan sebagai bayaran untuk membenarkan mereka menetap disitu.
Sumber : The New York Times
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya bekerja di ladang di Korea Selatan yang mampu memberikan ...
0 comments
Post a Comment