Home /
Global /
Safe /
Menyeramkan, Gigi Dan Rambut Anak Patung Misteri ini Tumbuh Bagaikan Seorang Manusia
Tuesday, May 22, 2018
Menyeramkan, Gigi Dan Rambut Anak Patung Misteri ini Tumbuh Bagaikan Seorang Manusia
Date - May 22, 2018
Global
Safe
Sebuah anak patung di Hokkaido dikenali sebagai Okiku yang bermaksud 'Anak Patung Berhantu di Hokkaido' dipercayai berhantu apabila rambut dan giginya dikatakan tumbuh seperti manusia biasa.
Patung yang ditempatkan di sebuah kuil di Iwamizawa, Jepun ini didakwa mempunyai semangat seorang budak perempuan.
Sebenanrnya, terdapat banyak kisah lagenda mengenai patung ini, tetapi yang paling popular adalah kisah anak patung Jepun tradisional itu dibeli oleh Eikichi Suzuki, seorang budak lelaki berumur 17 tahun dari Hokkaido, yang membelinya untuk adik perempuannya pada tahun 1918.
Budak perempuan itu dikenali sebagai Kikuko berusia tiga tahun pada ketika itu dan dia sangat menggemari anak patung tersebut.
Bagaimanapun, Kikuko meninggal dunia ketika masih kecil dan membuatkan keadaan berubah menjadi aneh dan menyeramkan.
Sebagai tanda memperingati Kukiko, keluarganya telah meletakkan anak patung tersebut di sebuah kuil kecil dan menamakannya sebagai 'Okiku'.
Anak patung misteri ini mula dianggap meresap masuk semangat roh Kukiko apabila rambutnya tumbuh menjadi lebih panjang dari biasa.
Pada tahun 1938, keluarga Kikuko memutuskan untuk berpindah dari Hokkaido dan bersetuju untuk anak patung itu kekal diletakkan di bawah jagaan sami-sami di kuil Mannenji.
Sejak itu Okiku kekal di kuil berkenaan dan orang ramai sering datang ke situ untuk melihat rambut yang dikatakan tumbuh pada patung itu, tetapi mereka tidak dibenarkan mengambil gambar.
Kini, Okiku mempunyai rambut panjang sehingga paras lutut. Ia mungkin lebih panjang, tetapi para sami sentiasa memotongnya dari semasa ke semasa.
Terdapat sumber yang mendakwa, pemeriksaan saintifik terhadap anak patung itu menunjukkan bahawa rambutnya adalah rambut manusia.
Malah ada yang mendakwa jika anda berada cukup dekat dengan Okiku dan melihat mulutnya yang separuh ternganga, anda dapat melihat giginya juga tumbuh seperti manusia.
Bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menjelaskan mengapa rambut dan gigi anak patung misteri itu terus tumbuh hingga kini.
Sumber- Odditycentral
Share this
Related Articles :
Wanita Sanggup Bayar Lebih RM4,000 Untuk 'Air Suci' Yang Dikatakan Boleh Buang 'Sial'Seorang wanita dan keluarganya dilaporkan membayar seorang lelaki $ 1450 (RM4297) untuk sembilan botol 'air suci' setelah mempercayai ...
Loan Rumah Untuk Staff Kerajaan, Rugi Kalau Tak Guna Sebelum Usia 35 Tahun - Lelaki Ini Kongsi Kelebihan Yang Anda Bakal DapatMembeli rumah adalah impian semua individu. Pembiayaan pula menjadi satu aspek yang kita tak dapat nak elak dalam proses pembelian har ...
Nampak Je 'Cikai' Tapi Tinggi Vitamin C - Doktor Ini Saran Ajar Anak Makan Kacang BotolKacang botol merupakan salah satu ulam yang popular dalam juadah masyarakat Melayu kerana bukan sahaja digemari ramai malah mudah dita ...
(Video) Gelagat Lucu Anak Gajah Manja Tak Mahu 'Lepaskan' Pelancong Cuit Hati PengunjungSeekor anak gajah tidak dapat melepaskan seorang pelancong kerana mahu 'bermain' sebelum dibawa untuk menunggangnya.Rakaman lucu ini d ...
Dakwa Pernah Diugut Untuk Dipecat Dan Diintip Sampai Washington, Shukri Abdul Kongsi Pengalaman Perit Ketika Siasat Kes 1MDB22 Mei - Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato' Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidan ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment