Friday, May 11, 2018

Najib Razak Mohon Maaf Di Twitter, Ambil Keputusan Untuk Bercuti Bersama Keluarga


12 Mei - Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini, insan yang paling kecewa sudah pasti Pengerusi parti politik itu sendiri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Kekecewaan itu jelas terlihat apabila beliau memuat naik status terbaru melalui laman sosial Twitter. Di kesempatan itu juga Najib Razak mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan negara dan berharap Malaysia akan lebih bersatu.

Beliau juga memohon maaf atas kesilapan beliau sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan terdahulu sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Barisan Nasional tewas dengan revolusi Tsunami Rakyat yang dahagakan perubahan terhadap negara sekali gus memilih Pakatan Harapan dan menolak Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Presiden Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 dan mencatat sejarah dilantik sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali sejak kali pertama dilantik pada tahun 1981.


0 comments

Post a Comment