Home /
Global /
Safe /
Semasa /
Pengemis Ditemui Mati Dalam Kereta Terbiar, Tetapi Siasatan Mengejutkan Polis Temui Wang Tunai Lebih RM 4 Juta Dalam Akaunnya
Saturday, May 19, 2018
Pengemis Ditemui Mati Dalam Kereta Terbiar, Tetapi Siasatan Mengejutkan Polis Temui Wang Tunai Lebih RM 4 Juta Dalam Akaunnya
Date - May 19, 2018
Global
Safe
Semasa
Seorang pengemis jalanan di Labenon, Fatima Othman, 52, mengejutkan pihak berkuasa apabila kematiannya mendedahkan kekayaan sebenarnya yang bernilai jutaan ringgit.
Pihak polis yang menyiasat akaunnya nyata tidak percaya bahawa wanita ini walupun sering kali dilihat meminta-meminta di jalan, rupa-rupanya mempunyai harta yang disifatkan tidak logik dengan keadaan hidup semasa hayatnya.
Ketika mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di bandar Barbir, pihak polis turut menemui wang tunai yang disimpan di dalam uncang plastik bewarna hitam bernilai LBP 5 juta (RM 13,136).
Polis yang mengesyaki sesuatu tidak kena kemudian memeriksa akaunya pula dan membuat penemuan yang amat mengejutkan apabila wang tunai sejumlah LBP 1.7 bilion (RM 4,369,200) ditemui. Pemeriksaan yang dibuat polis tersebut berdasarkan penemuan buku akaun deposit bank miliknya.
Menurut jurucakap polis, Joseph Musallem, kematian Fatimah tidak mempunyai unsur-unsur jenayah dan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Bagaimanpun katanya, ianya sesuatu yang sangat mengejutkan untuk menemui wang tunai sebanyak itu memandangkan mangsa adalah seorang pengemis yang meminta-minta di jalanan.
Menurut laporan akhbar tempatan, Fatimah kehilangan upaya untuk menggunakan tangan dan kakinya kerana menjadi mangsa Perang Saudara di sana.
Keadaan hidupnya mendapat perhatian orang ramai dan dianggap seperti selebriti selepas sekeping gambar yang memaparkan seorang anggota tentera memberinya minum tersebar di media sosial.
Anggota tentera tersebut turut mendapat pujian dan penghargaan di atas sifat kemanusiaan yang ditunjukkannya terhadap Fatimah.
Pihak berkuasa berjaya menjejaki keluarga Fatimah dan jasadnya dikhabarkan telah pun dikebumikan oleh mereka di perkampungannya di Ain Al-Zahab di Akkar.
Keluargan Fatimah ketika dimaklumkan mengenai kekayaan yang dimilikinya juga terkejut dengan berita tersebut.
Sumber : Dailymail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...





0 comments
Post a Comment