Home /
Safe /
Semasa /
Utama /
(Video) Najib Razak Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO Dan Pengerusi Barisan Nasional
Saturday, May 12, 2018
(Video) Najib Razak Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO Dan Pengerusi Barisan Nasional
Date - May 12, 2018
Safe
Semasa
Utama
12 Mei - Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional serta-merta.
Beliau yang mengadakan sebuah sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook Utusan Online mengumumkan perletakkan jawatan itu dan disaksikan oleh pengamal media dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sendiri.
Keputusan itu dibuat selepas bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional di PRU14 baru-baru ini. Keputusan itu juga dibuat selepas mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut.
Mula memegang jawatan sebagai Presiden United Malay National Organisation (UMNO) itu sejak tahun 2009 dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas 9 tahun berkhidmat dalam parti itu.
Namun, Najib Razak juga berkata beliau tidak akan meninggalkan parti itu malah akan tetap bersama selagi masih diperlukan kerana menganggap parti UMNO dan Barisan Nasional tiada tolok bandingnya dengan parti politik yang lain.
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...

0 comments
Post a Comment