Home /
Politik /
Safe /
Semasa /
Bukan Sebab Sayangkan Kasut, Jangan Sebar Fitnah Tanpa Tahu Usul Periksa - S/U Akhbar Menteri Pendidikan
Wednesday, November 15, 2017
Bukan Sebab Sayangkan Kasut, Jangan Sebar Fitnah Tanpa Tahu Usul Periksa - S/U Akhbar Menteri Pendidikan
Date - November 15, 2017
Politik
Safe
Semasa
Baru-baru ini tersebarnya gambar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja di sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang.
Ekoran itu, Setiausaha Akhbarnya, Datuk Mohd Razman Yaacob kesal dengan fitnah di media sosial yang kononnya perbuatan pemimpin tersebut kerana sayangkan kasutnya.
Menurutnya, tindakan menyebarkan berita dan gambar tanpa asal usulnya hanya bertujuan memburukan nama pemimpin di media sosial.
"Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan.
"Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu.
“ Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu,” katanya.
Jelasnya, meja tersebut disusun di kawasan sekolah turut digunakan oleh guru dan pelajar semasa dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.
"Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing," katanya.
Perbuatan netizen memfitnah pemimpin Umno tersebut dengan membandingkan gambar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang meredah air untuk melawat mangsa banjir pada 2014 di Tutong dimana menunjukkan Baginda meredah banjir tanpa memperdulikan pakaiannya.
Sumber -MalaysiaKini
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment