Saturday, February 10, 2018

Wanita Hasilkan Resepi Susu Pekat Manis 'Homemade' Mudah Dengan Hanya 4 Bahan Sahaja

Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah mendapat tempat dihati orang ramai kerana cara penyediaannya yang mudah sekaligus dapat menjimatkan kos belian susu sejat segera yang dijual dipasaraya.

Susu pekat manis selalu digunakan dalam manisan atau minuman sebagai penambah rasa lemak lebih sedap daripada semata-mata gula.  Sebagai seorang penggemar masakan pastri dan kek, Aleen selalu menggunakan susu pekat sebagai manisan tambahan dan sebab itulah beliau mengambil inisiatif untuk mencipta resepi susu pekat manis buatannya sendiri.

Dibawah adalah cara-cara mudah membuat susu pekat manis buatan sendiri hasil ciptaan Aleen sekaligus membantu ibu-ibu berjimat kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak akan digunakan sehingga habis dan boleh digunakan untuk masakan lain.

RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE:




BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram)

  • 1 cawan/100gm susu tepung
  • 2/3 cawan/125gm gula halus (gula biasa pun boleh)
  • 1/3 cawan/60ml air suam
  • 1/4 cawan margerin (lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air suam dalam blender
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain
  3. Kisar halus hingga berkrim (kacau dengan sudu sekali sekala).  Jika rasa kurang pekat boleh tambah sedikit susu tepung
  4. Sedia untuk digunakan.  Boleh disimpan dalam bekas kedap udara kemudia diletakkan didalam peti ais untuk ketahanan lebih lama

0 comments

Post a Comment