Home /
Safe /
Semasa /
Kantoi Bercinta Dengan Bini Orang, Lelaki Diculik Dan Dibunuh Sebelum Ditanam Di Perkuburan Bukan Islam
Sunday, November 12, 2017
Kantoi Bercinta Dengan Bini Orang, Lelaki Diculik Dan Dibunuh Sebelum Ditanam Di Perkuburan Bukan Islam
Date - November 12, 2017
Safe
Semasa
Hubungan cinta tiga segi dapat dihidu menjadi punca seorang lelaki diculik dan dibunuh sebelum mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, semalam.
Mangsa berusia 29 tahun dikatakan bermain cinta secara senyap- senyap dengan seorang wanita yang bergelar isteri.
Berdasarkan sumber, perhubungan mereka dapat dihidu oleh suspek sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam.
"Mangsa didapati hilang sejak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.
"Bagaimanapun, hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa," katanya.
Untuk membantu siasatan, suspek dan isterinya ditahan reman.
“Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin) suspek telah dibawa ke tempat mayatnya ditanam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh berkata, siasatan masih dijalankan.
Sumber - Sinar Harian
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya bekerja di ladang di Korea Selatan yang mampu memberikan ...
0 comments
Post a Comment