Friday, November 10, 2017
Wartawan Malaysia Dihukum Penjara Di Myanmar
Date - November 10, 2017
Safe
Semasa
Wartawan Malaysia dan Singapura dihukum penjara dua bulan gara-gara menerbangkan dron tanpa kebenaran, di Myanmar.
Turut dihukum seorang penterjermah dan pemandu dari Myanmar.
Menurut sumber yang melaporkan, wartawan Malaysia, Mok Choy Lin dan wartawan Singapura, Lau Hon Meng didapati bersalah menerbangkan dron di Parlimen tanpa kebenaran.
Pada 27 Oktober lalu itu, kedua-dua mangsa sedang membuat tugasan untuk Radio dan Televisyen Turki serta cuba mengambil gambar Parlimen dan pagoda di Naypitaw.
Kesemua tertuduh tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing selepas ditahan.
Peguam kepada penterjermah, Aung Naing Soe dan pemandu, Hla Tin menegaskan anak guamnya patut dibebaskan kerana tidak mengendalikan dron terbabit.
Keempat-empat tertuduh juga berdepan dakwaan mengimport dron secara haram.
Perbicaraan terhadap kesemua tertuduh akan dilakukan sekali lagi pada 16 November ini.
Sumber - Sinar Harian
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya bekerja di ladang di Korea Selatan yang mampu memberikan ...
0 comments
Post a Comment