Sunday, November 12, 2017
Media Malaysia 'Diajar' Bagaimana Sebut Nama Korea Utara Dengan Betul
Date - November 12, 2017
Safe
Semasa
Ketika sedang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara, media Malaysia telah diajar memanggil nama negara komunis itu dengan betul.
Berdasarkan sumber, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, iaitu Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK), semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan.
"Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara," kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media di Stadium i-mobile hari ini.
Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia kerana mahu membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.
Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.
Pada pukul 7 malam esok (8 malam waktu tempatan) Malaysia akan bertemu Korea Utara di Stadium yang sama, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama dua hari lepas.
Keadaan yang memburuk di Semenanjung Korea berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara juga menjejaskan perlawanan.
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment