Home /
Safe /
Semasa /
(Video) Ibu Tunggal Kena Penjara 75 Tahun Kerana Lacurkan Dua Anak Kandungnya Kepada Warga Asing
Sunday, November 12, 2017
(Video) Ibu Tunggal Kena Penjara 75 Tahun Kerana Lacurkan Dua Anak Kandungnya Kepada Warga Asing
Date - November 12, 2017
Safe
Semasa
Seorang ibu tunggal berusia 39 tahun yang mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiayai dan melacurkan dua anak kandungnya awal bulan lalu dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Ibu tunggal yang menganggur itu mengaku bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan dihadapan Hakim Kamarudin Kamsum.
Wanita itu didakwa menganiaya dan melacurkan anak kandungnya yang berusia 10 dan 13 tahun di sebuah hotel di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana dalam lima kejadian antara jam 9.25 pagi hingga 12.21 tengah hari pada 1 Oktober lalu dan 4 hingga 7 Oktober.
Bagi perbuatan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama dengan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sebagai hukuman, tertuduh boleh didenda sehingga RM 50 000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Pendakwaan kes dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin manakala tertuduh tidak dwakili oleh peguam.
Menurut rekod, tertuduh memaksa kedua-dua anaknya melakukan hubungan seks dengan dua lelaki warga Bangladesh secara bergilir-gilir di bilik hotel sambil disaksikannya.
Tertuduh juga didakwa melacurkan kedua-dua anak perempuannya sebanyak lima kali iaitu pada 1, 4, 5, 6; dan 7 Oktober.
Bagi perbuatan tersebut, tertuduh menerima bayaran RM 50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya menerima bayaran RM 1, RM 5, RM 10 dan RM 20 selepas anaknya dilacurkan.
Bagi kesalahan-kesalahan tersebut, pihak pendakwaan meminta agar mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal kerana ia adalah kesalahan serius membabitkan kepentingan awam dan perbuatan tertuduh menyebabkan kanak-kanak terbabit dalam trauma.
Tertuduh bagaimanapun merayu kepada mahkamah agar meringankan hukuman kerana mendakwa mempunyai dua lagi anak berusia empat dan lima tahun.
Kamarudin kemudian dalam penghakimannya berkata, hukuman yang diputuskan setelah mengambil kira kepentigan awam dengan memberi pengajaran kepada masyarakat dan berharap tertuduh insaf serta bertaubat.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan pertuduhan sama tarikh berjalan serentak, manakala tertuduh akan menjalani hukuman yang lain selepas tamat hukuman sebelumnya.
Secara keseluruhan, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama 75 tahun.
Sumber : BH Online
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment