Home /
Hiburan /
Safe /
Semasa /
Sukan /
''Ia Spontan Dan Normal Untuk Suami Isteri'', Mia Ahmad Tak Melenting Walau Dikritik Kerana Cium Suami Di Tempat Awam
Tuesday, November 7, 2017
''Ia Spontan Dan Normal Untuk Suami Isteri'', Mia Ahmad Tak Melenting Walau Dikritik Kerana Cium Suami Di Tempat Awam
Date - November 07, 2017
Hiburan
Safe
Semasa
Sukan
Pelakon, Mia Ahmad yang juga isteri kepada Izham Tarmizi, penjaga gol Johor Daru Ta'zim berkata bahawa dia tidak menyesal memuat naik rakaman video yang menunjukkan dirinya mencium pipi suaminya.
Walaupun teruk dikecam kerana tindakan tersebut di buat di tempat awam, pemilik nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 29, tidak kisah kerana menganggap ia adalah satu tindakan spontan selain normal bagi pasangan yang sudah berkahwin ketika meraikan kejayaan insan tersayang.
"Saya tidak menyesal sebab tak buat salah. Kalau nak difikir mengenai komen negatif, hanya berapa peratus yang meninggalkan komen begitu.
"Mereka yang memberi komen negatif mungkin ada masalah hati atau mindanya tertutup.
"Benda ini (aksi ciuman di pipi) bukanlah masalah, tapi dijadikan masalah. Saya nampak perkara seperti ini akan terjadi kalau seorang tampil meninggalkan komen negatif, kemudian yang lain mengikut," katanya lagi.
Mia bertindak memuat naik video itu ke akaun Instagramnya sehari selepas JDT menjuarai Piala Malaysia 2017 setelah berjaya membenam cabaran Kedah dalam aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Dalam video tersebut, Mia tampil merangkul leher sebelum bertindak mencium pipi suaminya itu sebaik keptusan diumumkan.
Perkongsiannya nyata mendapat perhatian orang ramai terutamanya netizen termasuk ada yang menganggap aksi tersebut sebagai keterlaluan kerana berada di tempat awam yang disaksikan puluhan ribu penonton.
Menurut Mia, aksinya dan rakaman tersebut tidak perlu diperbesarkan.
"Ada yang mengatakan saya tak perlu mencium pipi suami di khalayak ramai. Niat saya bukanlah mahu menunjuk, tapi ia terjadi secara spontan.
"Bagi saya, ia adalah perkara normal antara suami dan isteri," katanya.
Pelakon drama Hati Perempuan turut menambah bahawa dia enggan melenting walaupun dihujani dengan pelbagai kritikan daripada orang ramai. Malah, suaminya juga tidak mengambil pusing mengenai perkara itu.
"Tak muat naik gambar pun orang mengata. Bukan itu saja, kalau letak ayat-ayat atau pepatah pun orang cakap saya bergaduh dengan suami. Buat apa sekalipun, ada pihak yang kreatif memberi komen, tak mengapalah.
"Kalau mahu diikutkan, saya memang berpada-pada dalam memuat naik sesuatu status di laman sosial. Namun, saya tak boleh nak salahkan mereka (netizen) sebab mereka tak hidup dalam dunia saya.
"Jadi saya tak boleh nak berharap orang nak berfikir ikut cara saya," katanya.
Mia ketika mengulas mengenai kariernya memaklumkan baru sahaja tamat menjalani penggambaran dua buah drama yang akan disiarkan di RTM dan juga TV3. Selain itu, filem Jibam yang turut dibintanginya akan ditayangkan bermula 7 Disember depan.
Sumber : BH Online
Share this
Related Articles :
''Dulu Felda, Sekarang 'Failed Dah'," Sebagai Anak Peneroka, Chef Wan Akui Kecewa Dengan Skandal Terbaru FELDAKemungkinan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk kehilangan hartanah strategik miliknya dalam satu transaksi pemindahan me ...
Kecewa Di "Boo" Penyokong Kedah, Pemuda UMNO Negeri Solidariti Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFAAlor Setar- Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini menyatakan solidariti memohon supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Han ...
(Video) TMJ Bagi 'Hint' Bakal Lepaskan Jawatan Sebagai Presiden FAM?KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan telah memberi bayangan bersedia melep ...
Tunku Ismail Masih Lagi Presiden FAM - Datuk Hamidin28 Mac - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ), T ...
(Gambar) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut Dileher, Dipercayai DibunuhMemetik laporan media, seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej di Port Dickson ditemui meninggal dunia dengan k ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
0 comments
Post a Comment