Wednesday, January 3, 2018
(Video) TMJ Bagi 'Hint' Bakal Lepaskan Jawatan Sebagai Presiden FAM?
Date - January 03, 2018
Safe
Semasa
Sukan
KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan telah memberi bayangan bersedia melepaskan jawatan selaku orang penting dalam badan induk itu.
Berdasarkan satu video yang dimuatnaik di laman JOHOR Southern Tigers,Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui keputusan itu diambil memandangkan beliau tidak akan berada begitu lama dalam kepemimpinan persatuan itu.
"Saya ialah presiden yang akan cuba mencari duit untuk pasukan supaya dapat bertanding tanpa bebanan, betulkan struktur dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.
Beliau juga berharap ada satu presiden baharu, Superman jadi Presiden FAM kerana beliau tidak lama (sebagai presiden).
"Saya akan lepaskan jawatan sebagai Presiden FAM mungkin pada 2018 atau 2019. Ia bergantung tetapi lebih cepat lebih baik," katanya.
Hasratnya itu telah diutarakan dalam keratan klip video tersebut ketika ditanya mengenai azam tahun barunya sebagai Presiden FAM.
Tunku Ismail dilantik selaku Presiden FAM bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan FAM, 25 Mac lalu selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), menarik diri.
Jika Tunku Ismail serius untuk melepaskan jawatannya, ini pasti akan memberi tamparan besar kepada FAM serta bola sepak negara kerana tiada lagi calon yang dilihat layak menggantikan tempat beliau.
Sumber - Berita Harian
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Seorang lelaki daripada Brazil, Marcio Mizael Matolias, 44, memutuskan untuk mendiami istana pasir dikawasan mewah Rio De Janeiro sejak 22 t...
-
Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Janu...
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...

0 comments
Post a Comment