Thursday, December 28, 2017
Kurung Anak Lebih Dari 15 Tahun Sehingga Mati Beku
Date - December 28, 2017
Global
Safe
Semasa
Sepasang suami isteri warga Jepun ditangkap atas dakwaan mengurung anak perempuan mereka selama lebih dari 15 tahun sebelum dia mati kesejukan pada usia 33 tahun, lapor media tempatan pada Rabu lalu.
Tertudug, Yasutaka Kakimoto, 55, dan isterinya, Yukari, 53, yang tinggal di Osaka mengaku mengunci anak perempuan mereka, Airi, di sebuah bilik kecil yang berukuran lebih kurang tiga meter persegi dari usianya sekitar 16 tahun.
Bedah siasat yang dijalankan keatas mayat tersebut menunjukkan Airi telah mati kerana beku dan kekurangan zat dengan memiliki berat kira-kira 19kg sahaja.
Pasangan itu memberitahu polis mereka mengurung anaknya yang dikatakan sakit mental dan sering bertindak ganas itu disebuah bilik yang dilengkapi interkom bagi kegunaan keluarga untuk berkomunikasi dengannya.
Mereka dipercayai hanya memberi makan kepada Airi sebanyak sekali sehari.
Mereka juga didakwa meletakkan lebih daripada 10 kamera pengawasan di sekitar rumah dan memasang pagar setinggi 6 kaki dalam usaha untuk menyembunyikan rahsia mereka
Selepas melaporkan kematiannya kepada polis, pasangan itu pada awalnya didakwa melakukan pelupusan mayat secara haram bagi menyembunyikan kematian anaknya sebelum diketahui pihak polis.
Sumber- Dailymail
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
0 comments
Post a Comment