Friday, January 5, 2018

Pengalaman Pasportnya Dicuri Diluar Negara, Lelaki Ini Kongsi Apa Perlu Dilakukan Jika Pasport Anda Hilang Atau Dicuri Semasa Bercuti

Hilang passport dinegara sendiri takpe lagi, kalau hilang di negara orang? Runsing hidup 4 hari 4 malam.  Musim orang 'clear leave' 2017, ramai yang pergi bercuti ke luar negara.  Sebelum 'packing' bagasi, simpan perkongsian kami kali ini untuk rujukan anda.

Apa yang harus anda lakukan jika kehilangan passport diluar negara?

Menerusi pemilik Facebook Link Gud, lelaki ini menceritakan detik cemas passportnya dicuri ketika berada di Amsterdam dan berkongsi panduan untuk meneruskan percutian dengan passport sementara.

Langkah 1 - Segera laporkan kecurian atau kehilangan passport anda di balai polis berdekatan

Bertindak sepantas kilat dengan melaporkan kehilangan passport kepada pihak polis.  Ceritakan kronologi kejadian dengan tenang kerana pihak polis perlu mendapatkan 'detail' penuh untuk permohonan passport sementara anda.  Jangan lupa dapatkan salinan laporan polis untuk tujuan simpanan anda.



Langkah 2 - Terus pergi kedutaan Malaysia berhampiran

Untuk langkah ini, sebaiknya anda simpan dan buat sedikit kajian alamat-alamat kedutaan tempat anda bercuti.  Rujuk link Kementerian Luar Negeri Malaysia http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission

Daripada link tersebut anda akan dapat maklumat lengkap seperti alamat kedutaan, nombor telefon dan waktu operasi.  

Langkah 3 - Mohon Passport Sementara

Melalui perkongsian lelaki ini, proses untuk menyiapkan passport sementaranya kurang daripada 2 jam dan dia juga dibenarkan untuk meneruskan percutiannya seperti biasa.  

'Sediakan payung sebelum hujan', jangan ambil remeh hal seperti ini.  Kalau di Malaysia bolehlah, tapi dinegara orang berhati-hati.  Kalau boleh, 'scan' passport, kad pengenalan dan dokumen lain sebelum ke luar negara dan emailkan ke diri sendiri.

Sudah sedia maklum, persiapkan percutian anda dengan lebih baik. Jangan sibukkan itinerari tapi benda penting lain seperti kejadian tak terjangka ini dipandang mudah.

Sedikit perkongsian mengenai kehilangan passport tempoh hari di Amsterdam, Netherland

PARIS-LONDON-MANCHESTER-"AMSTERDAM"-BRUSSELS-ZURICH-INTERLAKEN-PARIS 14days



Ngam sampai dari London, terus kami check in di EasyHotel, Amsterdam 2hari 1malam. Mandi & rehat seketika di bilik hotel lebih kurang 2-3 jam, terus kami keluar ke Amsterdam Centraal.

Sampai je Amsterdam Central dgn menaiki metro ( 1day pass ) terkesima sekejap dengan view bangunan2 yg WOW & unik. Macam biasa, masing2 tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan masing2 untuk menandakan pernah sampai ke bumi Amsterdam ketika itu.

Leka & terus leka bergambar, perut pun berkeroncong menanda telah masuknya waktu makan tengahari bagi kawasan2 yg sewaktu dengannya

Restoran Steak House menjadi pilihan kami untuk menghentikan bunyi2 keroncong kelaparan tadi. Sambil makan steak yg sumpah sedap, berboraklah kami mengenai perancangan perjalanan ( itinerary ) yg akan dilawati selama 2 hari di Amsterdam ni ( macam novel plak penulisan aku )

Ok, straight to the point, habis je makan, terus aku nak ke toilet lepas tu tggalkan beg (daypack) yg berisi PASSPORT, gopro, rayban, portable wifi, powerbank, kitkat & beberapa lagi barang & nota2 untuk europe trip ni di kaki kerusi yg aku duduk tadi. Fyi, restoran ni kitorg duduk sebelah dalam betol2 mengadap kaunter restoran & 4-5 meja ke dalam



Keluar je toilet, terus ke meja makan tadi, mata aku da terus fokus kat kaki kerusi. Dalam hati "eh mana beg aku?" Terus tnya kat member2 yg masih kat meja makan tu lagi. Dorg pun tak perasan mana pergi beg aku tadi...aduhhhhhhh mane plak ghaibnye

Terus aku panggil pihak restoran suruh dorg buka rakaman cctv. Nasib dorg bagi kerjasama n cctv menunjuk 2 lelaki ( xtau bangsa apa ) telah "rembat" beg aku dengan kuis beg tu guna kaki jer memang laju dorg punya keje...arghhhhhh

Terus xtau nak jerit ke nak marah ke, pihak restoran suruh aku g balai polis terdekat untuk buat police report. So cuba tenang tapi memang xboleh tenanglah cerita dia, perlahan2 aku explain kat polis tu untuk report apa yg telah berlaku.

Hampir sejam jugaklah kat balai tu, so selesai je buat report, seorg antara polis tu bagi no telefon kedutaan Malaysia yg ada kat Amsterdam tu untuk aku refer terus ke kedutaan apa step yg perlu dilakukan. So aku teruslah telefon kedutaan untuk tanya apa yg perlu aku buat. Malangnya hari ahad, so kedutaan pun cutilah TAPI ada link terus no emergency yg perlu aku call. So aku call no emergency kedutaan tu, sorg akak ni jawab & bagitau step2 yg perlu aku buat utk datang ke kedutaan esok harinya di Den Haaq yg mengambil masa 1jam++ dari Centraal Amsterdam. So keluar je dari Balai Polis tu, kami 5org berpecah jalan di setiap lorong dengan harapan dapat jumpa beg aku balik, tapi harapan tinggal harapan jela...selain terjumpa perempuan dalam kaca aku banyak gak jumpa wallet n beg2 kosong yg sudah disamun di lorong2 centraal tu..

*police report
*2pcs gambar berukuran passport
*itinerary trip
*return flight ticket
*15€

As tour leader yg uruskan segalanya untuk trip ni, masing2 da risau kalau aku kena balik Malaysia terus pada keesokan harinya...dorg risau aku lagi berpuluh kali risau. ahhhh sudah, sebab mostly info yg aku baca, hilang passport akan dapat emergency passport TAPI kena terus balik Malaysia. Kami ade 3negara lagi nak kena selesaikan untuk trip ni ( Belgium, Swiss & France ) tix balik Malaysia mmg dari Paris, France. Dah lah malam esok bus untuk ke next destination ( Brussels, Belgium ) da book siap2. Lagi tambah runsing kalau2 passport tak boleh siapkan dalam masa 1 hari.

Esok tanpa lengah, kami berlima terus ke station untuk ambil train ke Malaysian Embassy di Den Haaq yg 1jam lebih dari Centraal..nak ke Den Haaq xboleh guna metro, so kena ambil tic train lain berharga 22.60€ untuk return ticket ( bila nmpk 22.60€ macam murah, tapi bila convert RM, mak ai sebab kepala otak bercelaru, 2 3 kali jugaklah salah naik train masa otw ke Den Haaq tu...kusutnya kepala aku masa tu Allah sje yg tahu



Sampai je area kedutaan Malaysia tu, nampak je jalur gemilang, hati aku da rasa sedikit tenang walaupun xtau lagi apa kesudahannya. Masuk je dalam, kes aku ni dorang da tahu awal, sebab pihak emergency yg semalam aku call tu dah maklumkan. Tanpa banyak cerita, aku serahkan dokumen2 yg listed kat atas tu & gambar 2keping ( kebetulan memang aku ada simpan gmbar passport sndri dalam wallet, so senang sikit kerja.) lepas tu kena isi borang soal selidik kehilangan passport then serahkan kat reception semula serta bayaran sebanyak 15€. Dalam borang soal selidik ni aku terangkan itinerary trip ni yg segalanya sudah di book & dibayar sampai la ke Paris & terus pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah, tak sampai 2jam passport emergency aku siap...yg bestnya pihak kedutaan bagitau yg aku boleh terus trip ni seperti yg dirancang...yahoooooo, bukan aku sorg je happy, 5 5 travel buddies aku happy walaupun kami semua tak dapat lawat banyak tempat kat Amsterdam ni sebab hal ni sori guys 



So xlengah kami balik semula ke hotel n ambil beg2 semua utk teruskan perjalanan malam ni ke Brussels. Bagusnya ke Brussels dari Amsterdam xde kena tahan imigresen dari boarder kedua negara tu.

So smooth segalanya sampai lah balik Malaysia...cume imi & polis dorg pelik sekejap lah tengok passport aku lain dari yg lain so trip ni banyak beri pengajaran & sebab tu aku dengan rela hati nk share benda2 camni kat korang...Beg jangan lengah2 kan, tapi yelakan, malang tak berbau...so extra hati2 kat tempat orang ok.

So now, aku kat Malaysia dah, sekarang bz nak siapkan passport baru ( habis hilang cop2 negara yg pernah dilawati serta claim insurans...TRAVEL INSURANS PENTING OK, nanti da dapat claim, aku share plak cara2 nak claim kalau berkesempatan...ok guys, happy travelling n hati2...sayonara

#gudtravel


0 comments

Post a Comment