Home /
Safe /
Semasa /
Utama /
(VIDEO) Saya Harap Sangat Jasad Alif Dapat Ditemui Walau Apa Pun Berlaku, Saya Redha - Bapa
Friday, January 5, 2018
(VIDEO) Saya Harap Sangat Jasad Alif Dapat Ditemui Walau Apa Pun Berlaku, Saya Redha - Bapa
Date - January 05, 2018
Safe
Semasa
Utama
KOTA BHARU- "Saya harap biarlah jasadnya ditemui walau apa pun yang berlaku, kami redha", luahan bapa kepada mangsa hilang di sungai, Mohd Alif Aiman Adli, 12, yang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas bermain di kawasan sungai bersama empat rakannya di Kampung Pak Limah, Salor di sini Rabu lalu.
Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Nor, 34, berkata, dia mengharapkan sempena hari Jumaat (semalam) , mudah-mudahan anaknya dapat ditemui dan dia menerima apa jua keadaan anaknya dengan tabah.
“Saya turun ke sungai kira-kira jam 10.15 pagi tadi bersama isteri dan anggota bomba menaiki bot bagi meninjau kawasan Alif Aiman kali terakhir dilihat bermain berhampiran sungai itu.
“Biarlah sekurang-kurangnya kami dapat lihat anak saya di depan mata, dan dapat melihatnya buat kali terakhir,” ujarnya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.
Pada masa yang sama, menurut ibu mangsa, Siti Nurul Ain Razali, 35, Mohd Alif sebelum ini menunjukkan perubahan sikap menjadi lebih pendiam dan ianya turut disedari gurunya di sekolah.
“Mulanya saya tidak sangka perubahan sikapnya itu merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya dan lebih meruntun hati saya ketika musim cuti persekolahan lalu, dia ke rumah makciknya di Gambang, Pahang dan ketika di sana dia makan dengan kuantiti yang banyak.
“Selalunya dia tidaklah maka terlalu banyak dan makan berpada-pada. Namun perubahan sikap itu saya tidak sedari sehinggalah selepas kejadian ini barulah saya teringat semula perubahan sikapnya itu,”ujarnya.
Siti Nurul Ain berkata, anak sulungnya itu seorang yang mendengar kata dan dia juga tidak pernah tinggal solat namun hayatnya tidak panjang.
Sumber- Sinar Harian
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membun...
-
Seorang wanita tahun tahun lalu telah menjadi buah mulut netizen melalui media sosial kerana resepi susu pekat manis buatannya sendiri telah...
-
Rata-rata ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak mereka. Namun, atas sebab-sebab tertentu seperti keadaan ekonomi keluarga yang tidak...
0 comments
Post a Comment