Home /
Global /
Safe /
Semasa /
Utama /
Ayah Lena Tidur, Ibu Tiada Dirumah, Seorang Bayi Dijumpai Sedang Merangkak Melintas Jalan
Monday, February 5, 2018
Ayah Lena Tidur, Ibu Tiada Dirumah, Seorang Bayi Dijumpai Sedang Merangkak Melintas Jalan
Date - February 05, 2018
Global
Safe
Semasa
Utama
Seorang lelaki di Thailand melalui media sosialnya memuat naik gambar seorang bayi sedang merangkak ditengah-tengah jalanraya dan mendapat lebih daripada 7000 shares dalam masa kurang daripada 24 jam.
Merupakan seorang guru disalah sebuah sekolah Kittithorn berkata, "saya melihat bayi kecil itu ketika sedang melewati jalan raya di Uthani Thani semasa dalam perjalanan untuk mengawasi peperiksaan O-Net (Ujian Pendidikan Nasional) di Sekolah Banmai Klong Angwa yang terletak di daerah Ban Rai."
Menurut beliau, dia kemudian mendapati bahawa ibu kepada bayi berkenaan tidak berada ditempat kejadian dan ayahnya pula sedang tidur. Oleh kerana kecuaian yang dirasakan agak keterlaluan, Kittithorn bertindak untuk memuat naik gambar yang diambil ketika bayi itu sedang melintas jalan ke dalam laman Facebooknya dengan tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih prihatin dalam hal seperti ini.
"Bayi itu hampir merangkak digarisan tengah jalanraya, jika saja sebuah kereta melalui jalan itu dengan kelajuan yang deras, saya tidak mahu membayangkan apa yang akan terjadi kepadanya."
Siakapkeli.my
Sumber: Nation Multimedia
Share this
Related Articles :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Dilihat
-
Pelangi merupakan kejadian alam paling indah. Kebanyakan daripada kita melihat pelangi seperti suatu keajaiban disebalik warna-warna yang t...
-
Bagi orang yang sentiasa bersedia dalam apa jua situasi, wajib untuk mereka merancang kewangan yang betul jika berdepan dengan sebarang kece...
-
Korang mesti pernah dengarkan isu mengenai mangsa penipuan scammer yang kerugian ribuan ringgit dan kes-kes sebegini memang kerap dilaporkan...
0 comments
Post a Comment