Mereka yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang termasuklah dengan mencuri. Setiap benda yang dirasakan berharga dan boleh dijadikan duit akan dicuri tanpa mengira keselamatan orang lain termasuklah sanggup mencuri penutup longkang.
Kes yang berlaku di Miri ini menyebabkan seorang warga emas nyaris menjadi korban. Lelaki yang berusia lingkungan 60-an ini terjerumus ke dalam longkang sedalam tiga meter. Dia yang tidak menyedari kehilangan besi penutup longkang itu, terjatuh ketika melalui laluan berkenaan yang menjadi rutih hariannya.
Diharap perkara sebegini tidak berulang lagi. Bukan sahaja perbuatan ini tidak bermoral malah boleh membahayakan nyawa orang lain terutamanya warga emas atau kanak-kanak.
Kes curi penutup besi sampai warga emas ni jatuh longkang masa berjalan. Bodoh punya pencuri, sebenaqnya nak banteras kejadian curi besi ni kena rush tempat yang dok beli. Hukum hat yang dok beli tu, kalau takdak buyer, takdak la macibai mangkuk hayun ni nak curi besi ni semua pic.twitter.com/S6IeV7F2kl— Injang (@InjangNation) February 5, 2018
Lagi gambar dari utusan borneo, kalau jumpa pencuri besi ni dah start boleh hempuk dua tiga das then hantaq balai pic.twitter.com/Tbv2wzfCsE— Injang (@InjangNation) February 5, 2018
Dalam bodo lubang and longkang tu dah la sempit, imagine takdak orang lalu kat situ and dia jerit takdak sapa dengaq? Semoga mati cepat la jenih pencuri desperate lagu ni— Injang (@InjangNation) February 5, 2018
Siakapkeli.myApa-apa pun abang bomba we love you— Injang (@InjangNation) February 5, 2018
0 comments
Post a Comment