Wednesday, February 7, 2018

"Kenapa Bagi Handphone Kalau Tak Bagi Bawak," NUTP Persoal Arahan KPM Larang Guru Bawa Telefon Ke Dalam Kelas


7 Feb - Susulan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan larangan guru-guru tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP) telah mengeluarkan kenyataan balas terhadap perkara ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi NUTP, Kesatuan itu mempersoalkan mengapa KPM memberikan telefon bimbit berjenama YES kepada guru-guru jika tidak dibenarkan dibawa ke kelas.

Jenama telefon pintar yang diagihkan kepada guru
Menurut kenyataan rasmi itu lagi, pendidikan di Malaysia sudah terarah ke pendidikan ke abad-21, yang mana kebanyakkan alat bantu mengajar di pasaran berasaskan telefon bimbit.

NUTP juga difahamkan sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah telah dilengkapi akses internet berkelajuan 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan akses penyelesaian pembelajaran bersepadu.

Sebelum ini KPM menerusi Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk P.Kamalanathan telah mengeluarkan kenyataan rasmi larangan guru-guru membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah.



Siakapkeli.my

0 comments

Post a Comment