Otak merupakan organ paling penting dalam badan dan memainkan peranan utama bagi manusia. Daripada organ tersimpan banyak sel-sel saraf yang berfungsi untuk mengatur seluruh badan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menjaga dengan mengambil nutrisi berkhasiat untuk otak yang lebih baik.
Paling penting untuk kita mengetahui setiap isi kandungan makanan yang diambil dalam rutin seharian. Ini kerana, makanan memberikan kesan samada baik atau buruk kepada kesihatan tubuh. Anda harus sentiasa memastikan kandungan yang terdapat didalam makanan tersebut tidak akan menurukan kondisi kesihatan, sekaligus mengganggu fungsi sebenar otak.
Doktor Rizal Abu Bakar berkongsi 8 makanan yang perlu dielak kerana ternyata memberi kesan negatif terhadap otak atau lebih tepat seperti dikatakan, jika dimakan secara berterusan akan meningkatkan tahap 'kebodohan' seseorang itu. Berikut merupakan penjelasan penuh Doktor Rizal buat anda yang masih tidak menghiraukan keburukan sesetengah makanan yang hanya membuatkan anda menjadi lebih 'bodoh'.
8 Jenis makanan ini adalah bahana kepada otak. Apabila kita ambil sahaja ia akan turunkan aktiviti di bahagian Prefrontal Cortex (PFC). Letaknya di belakang dahi.
PFC adalah CEO of the brain. Pembuat keputusan. Bahagian yang terlibat dengan membuat pertimbangan, Empati, Logik, pusat kawalan.
PFC juga adalah sistem brek di dalam otak. Apabila kita tewas pada makanan, itu tanda brek di PFC kurang berfungsi. Apabila kita cakap lepas dan fikir kemudian, itu petanda PFC merudum.
Bahasa kasarnya begini. Makanan ini akan tingkatkan tahap ‘kebodohan’ apabila diambil secara berterusan.
Timbang timbang dan pilih pilih apabila mahu makan. Otak kita tanggungjawab kita dan sihat itu jihad.
0 comments
Post a Comment